hadis 9


[7:38am, 5/28/2015] ‪+60 19-931 4378‬: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Rabu
10 Sya'ban1436H
28 Mei 2015

🌿DILARANG BERPUASA SUNAT SELEPAS 15 SYA'BAN?

عن أَبي هريرة رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إِذَا بَقِيَ نِصْفٌ مِنْ شَعْبَانَ فَلا تَصُومُوا)). رواه الترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحيحٌ).

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'ban maka janganlah kamu semua berpuasa." (Mafhum HR At Tirmidzi dan katanya hadith ini hasan sahih)

PENGAJARAN
1. Umat Islam disunatkan untuk memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Sya'ban berdasarkan amalan RasululLah sendiri,
2. Tetapi jika dia tidak pernah berpuasa sebelum 15 Sya'ban, dia tidak digalakkan untuk berpuasa kecuali jika ada puasa qadha' dan/atau nazar yang perlu ditunaikan (maka bolehlah dia berpuasa),
3. Antara hikmah larangan adalah untuk memberi keringanan kepada mereka yang jarang berpuasa agar tidak merasakan kewajipan puasa Ramadhan adalah suatu yang membebankan. Ini terbukti jika mereka memulakan puasa sunat pada pertengahan Sya'ban diikuti puasa Ramadhan selama sebulan akan menyebabkan mereka rasa terbeban dengan perintah puasa kerana tempohnya terlalu lama. Sedangkan ini adalah kesilapan mereka yang memulakan puasa pada pertengahan Sya'ban...والله أعلم
[4:05pm, 6/1/2015] Mohd Johari Tap: Assalamualaikum saudaraku sekalian,

Mungkin kita terlupa kerana telalu leka hal dunia..

Di ingatkan..

1 Jun, terbenam matahari hari ini maka masuklah 15 Syaaban, jangan lepaskan peluang ke emasan ini,
Lepas maghrib bacalah Yaasin 3 kali dengan niat.

1. Mohon dipanjangkan umur dengan Mentaati perintah Allah swt.
2. Mohon diberi dan ditambahkan rezeki yang halal.
3. Mohon  ditetapkan iman hingga akhir hayat kita.

* Banyakan harta untuk bekalan dunia ibarat kamu hidup SERIBU tahun.. dan BANYAKAN lah harta untuk bekalan di AKHIRAT seolah kau akan MATI esok hari..

Salam Silaturahim dan Salam Nisfu Syaaban dari Kami Sekeluarga..

Semoga Dirahmati Allah swt.. Aaminnn..