hAdis 1


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Selasa
15 Sya'ban1436H
2 Jun 2015

💚MENYAYANGI SAUDARA SEAQIDAH

عن أنس رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لا يُؤمِنُ أحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحبُّ لِنَفْسِهِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

TERJEMAHAN
Dari Anas رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

PENGAJARAN
1. Antara tanda kesempurnaan iman adalah apabila seorang Muslim menyukai saudara seIslamnya mendapat kebaikan sebagaimana ia menyukai agar mendapat kebaikan tersebut. Begitu juga dia tidak sanggup membiarkan saudaranya ditimpa kesusahan sepertimana dia sendiri tidak sanggup membiarkan diri berada di dalam kesusahan,
2. Umat Islam dilarang menyimpan perasaan dendam dan permusuhan terhadap sesama mereka kerana perbuatan tersebut boleh mengundang kemurkaan Allah Ta'ala.