KELEBIHAN BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Khamis
18 Rejab1436H
7 Mei 2015
💕KELEBIHAN BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنّ الله تَعَالَى يقول يَوْمَ القِيَامَةِ: أيْنَ المُتَحَابُّونَ بِجَلالِي؟ اليَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لا ظِلَّ إلا ظِلِّي)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Bahawasanya Allah Taala menyeru pada hari Kiamat: Di manakah orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku menaungi mereka pada hari yang tiada lagi naugan kecuali naunganKu." (Mafhum HR Muslim)
INTISARI HADITH
1. Antara naluri semulajadi setiap manusia adalah perasaan ingin menyayangi dan disayangi,
2. Sifat berkasih sayang adalah penting kerana ianya menimbulkan keprihatinan dan sanggup bersusah payah demi mengambil berat kepada mereka yang dikasihi. Contoh: seorang ibu atau bapa sanggup berkorban apa sahaja demi kebaikan anak-anaknya
3. Walau bagaimanapun, sifat kasih sayang perlulah berasaskan cinta kepada Allah kerana ianya membimbing manusia kepada redha Allah dan memberikan keselamatan di Akhirat.