FADHILAT MERINGANKAN BEBANAN ORANG BERHUTANG
Renungan Pagi Khamis
11 Rejab1436H
30 April 2015
💰FADHILAT MERINGANKAN BEBANAN ORANG BERHUTANG
عن أَبي قتادة رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((مَنْ سَرَّهُ أنْ يُنَجِّيَهُ اللهُ مِنْ كُرَبِ يَوْمِ القِيَامَةِ، فَلْيُنَفِّسْ عَنْ مُعْسِرٍ أَوْ يَضَعْ عَنْهُ)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Abu Qatadah رضي الله عنه melaporkan: saya mendengar RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang menginginkan supaya Allah menyelamatkannya daripada huru hara kesusahan pada hari Kiamat, maka hendaklah dia memberikan keringanan kepada orang (berhutang) yang terdesak atau menghapus kira (hutang itu) daripadanya." (Mafhum HR Muslim)
INTISARI HADITH
1. Amalan memberi hutang sama ada dalam bentuk pinjaman wang, bayaran tangguh terhadap barang dll adalah mulia kerana dikategorikan sebagai membantu mereka yang memerlukan,
2. Orang yang berhutang pula berkewajipan menjelaskan hutangnya bila tiba masanya (tempoh matang),
3. Walau bagaimanapun, jika orang yang berhutang menghadapi musibah seperti sakit, terlibat dengan bencana alam dll sipemberi hutang digalakkan untuk memberi keringanan kepadanya,
4. Keringanan boleh jadi dengan melanjutkan tempoh bayaran sehingga ada kemampuan untuk membayar, memberikan potongan (diskaun) atau menghapus kira hutang tersebut,
5. Orang yang sanggup memberikan sanggup keringanan tersebut pasti akan mendapat ganjaran yang besar di Akhirat.