BUKTI IMAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Ahad
14 Rejab1436H
3 Mei 2015

🌾BUKTI cKEIMANAN SEBENAR

عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ، فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia menghubungkan silaturahim. Dan Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah bertutur dengan perkataan yang baik atau diam sahaja." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

INTISARI HADITH
1. Keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat yang sebenar adalah keimanan yang dapat menyelamatkan manusia daripada azab neraka seterusnya berjaya memasuki syurga di Akhirat kelak,
2. Antara tanda keimanan sejati pada diri seseorang adalah dia sentiasa meraikan tetamu yang berkunjung, merapatkan hubungan silaturahim termasuk dan melazimi percakapan yang baik (kata-kata yang mendatangkan pahala dan menjauhi permusuhan),
3. Nabi صلى الله عليه وسلم turut menganjurkan agar mengenali hubungan nasab sebagaimana sabdanya (mafhum): "Ajarkanlah mereka tentang nasab (keturunan) kamu yang menyambungkan hubungan kasih sayang kerana silaturahim itu melengahkan ajal (panjang umur)."