hadis 6


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Jumaat
11 Sya'ban1436H
29 Mei 2015

🌴KELEBIHAN MENUNGGU SOLAT DIDIRIKAN

عن أبي هريرة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَال: ((الْمَلائِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلاهُ الَّذِي صَلَّى فِيهِ، مَا لَمْ يُحْدِثْ، تَقُولُ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ)). رواه البُخَارِيُّ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Malaikat berselawat (mendoakan) ke atas seseorang kamu yang berada di tempat yang dia ingin bersolat selagi dia tidak berhadas (batal wudhuknya) dengan doanya: Ya Allah ampunkanlah ia, Ya Allah rahmatilah ia." (Mafhum HR Al Bukhari)

PENGAJARAN
1. Antara cara untuk mendapat pahala tambahan bila mendirikan solat (berupa doa para Malaikat) adalah datang lebih awal ke tempat yang didirikan solat (masjid, surau dll) sebelum iqamah,
2. Doa Malaikat adalah sangat mustajab kerana mereka adalah makhluk yang sangat patuh kepada Allah dan tidak pernah mengingkari perintahNya. Oleh itu janganlah disia-siakan peluang tersebut.