GALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN PUTIH
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Selasa
9 Rejab1436H
28 April 2015
👔GALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN PUTIH
عن سَمُرَة رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الْبَسُوا البَيَاضَ؛ فَإنَّهَا أَطْهَرُ وَأَطْيَبُ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ)). رواه النسائي والحاكم، وقال: ((حديث صحيح)).
TERJEMAHAN
Dari Samurah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Pakailah pakaian yang berwarna putih, kerana ianya adalah paling bersih dan paling baik. Dan kafankanlah dengannya orang yang meninggal dunia di kalangan kamu." (Mafhum HR An Nasaie dan Al Hakim.
INTISARI HADITH
1. Hukum memakai pakaian bewarna putih adalah sunat bahkan ianya mencerminkan kebersihan bagi yang memakainya,
2. Pakaian dengan warna-warna lain seperti merah, hitam, hijau dan lain-lain juga diharuskan (boleh dipakai) kerana Nabi صلى الله عليه وسلم turut memakainya (HR Muttafaq 'alaih),
3. Sunat juga memilih kain bewarna putih untuk dijadikan kain kafan.