PUASA: AMALAN YANG DISEMBUNYIKAN PAHALANYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Khamis
17 Sya'ban1436H
4 Jun 2015

🌴PUASA: AMALAN YANG DISEMBUNYIKAN PAHALANYA

عن أَبي هريرة رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يضاعَفُ، الحسنةُ بِعَشْرِ أمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ. قَالَ الله تَعَالَى: إِلا الصَّوْمَ فَإنَّهُ لِي وَأنَا أجْزِي بِهِ؛ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أجْلِي. للصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيحِ المِسْكِ)). رواه مسلم

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh anak Adam digandakan pahalanya sebanyak sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Ta'ala berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa adalah untukku dan Akulah yang memberikan ganjaran (yang tidak diketahui banyaknya). Ini kerana hambaku meninggalkan syahwatnya dan makan minumnya semata-mata kerana Aku. Bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan: 1) kegembiraan ketika iftar (berhari raya) dan 2) kegembiraan bila bertemu Tuhannya (di Akhirat). Dan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada kasturi (sejenis wangian)." (Mafhum HR Muslim)

PENGAJARAN
1. Ibadah puasa (sama ada wajib ataupun sunat) adalah sangat besar pahalanya sehingga tidak dinyatakan secara jelas oleh Allah Ta'ala,
2. Puasa yang paling bagus adalah dengan meninggalkan segala perangai/percakapan yang mendatangkan dosa dan sia-sia serta bersabar dengan kelakuan buruk yang dilakukan oleh manusia,
3. Orang berpuasa mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat. Contoh: bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada haruman kasturi.