MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN TEMAN IBUBAPA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Rabu
17 Rejab1436H
6 Mei 2015

👴👵MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN TEMAN IBUBAPA

عن ابن عمر رضي الله عنهما: أن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إنّ أبَرَّ البرِّ أَنْ يَصِلَ الرَّجُلُ وُدَّ أبيهِ)). رواه مسلم

TERJEMAHAN
Dari Ibnu Umar رضي الله عنهما bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Kebaikan yang paling bagus adalah apabila seorang (anak) itu meneruskan hubungan kasih sayang dengan teman rapat bapanya (termasuk ibu)." (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Antara amalan paling baik untuk mengenang jasa ibubapa ialah seorang anak meneruskan hubungan baik dengan kawan baik ibubapanya selepas mereka meninggal dunia,
2. Islam mementingkan silaturahim (hubungan kasih sayang) yang berterusan sesama manusia terutama dengan seorang yang pernah rapat hubungannya dengan ibubapa yang telah tiada termasuk kaum kerabat, saudara mara, sahabaat handai dan sebagainya.