ߒЋEMULIAAN RAMADHAN
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Isnin
21 Sya'ban1436H
8 Jun 2015
💐KEMULIAAN RAMADHAN
عنه رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ، فُتِحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ)). متفقٌ عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila tibanya bulan Ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pula pintu-pintu neraka serta dibelenggu para syaitan." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)
PENGAJARAN
1. Ramadhan merupakan bulan yang paling istimewa bagi mereka yang merebut kelebihannya,
2. Kata Imam Al Qurtubi: Jika ditanya kenapa masih berlaku juga kejahatan dan maksiat yang banyak sepanjang Ramadhan? Jawabnya: Orang berpuasa hanya terhindar dari kejahatan jika dia menjaga syarat sah puasa dan mengambil berat adab-adabnya. Ataupun yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan yang paling jahat sahaja bukan kesemuanya (yang bermaksud mengurangkan kejahatan). Hal ini terbukti kerana tidak semestinya bila syaitan dibelenggu manusia tidak melakukan dosa. Ini kerana terdapat faktor lain yang mendorong seperti hawa nafsu yang jahat, perangai buruk yang dibiasakan dan manusia berkelakuan buruk spt syaitan.