ORANG YANG MENGESAKAN ALLAH PASTI MASUK SYURGA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Ahad
21 Rejab1436H
10 Mei 2015

🌾ORANG YANG MENGESAKAN ALLAH PASTI MASUK SYURGA

عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ شَهِدَ أنَّ لا إلهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وَأنَّ مُحَمدًا عَبْدهُ ورَسُولُهُ، وَأنَّ عِيسى عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ ألْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ ورُوحٌ مِنْهُ، وَأنَّ الجَنَّةَ حَقٌّ، وَالنَّارَ حَقٌّ، أدْخَلَهُ اللهُ الجَنَّةَ عَلَى مَا كَانَ مِنَ العَمَلِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

TERJEMAHAN
Dari 'Ubadah bin Al Samit رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Barangsiapa yang mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu baginya, bahawa Muhammad itu adalah hamba dan pesuruhNya, bahawa 'Isa adalah hamba Allah dan rasulNya serta kalimah yang dihantarkan kepada Maryam dan juga roh yang suci, bahawa syurga itu benar, neraka itu benar maka Allah memasukkannya ke dalam syurga sebagai balasan terhadap amalannya." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

INTISARI HADITH
1. Hadith ini merupakan berita gembira kepada ahli Tauhid (orang yang mengesakan Allah) akan memasuki syurga walaupun pada awalnya ada yang mendapat balasan neraka kerana dosa yang tidak sempat ia bertaubat,
2. Penghuni neraka ada yang kekal ialah mereka yang tidak pernah beriman dan menyengutukan Allah. Adapun orang Islam yang banyak berdosa dan tidak sempat bertaubat mereka turut diazab tetapi sementara shj,
3. Kita perlu berusaha dan berdoa agar selamat daripada azab neraka kerana ianya sangat dahsyat dan tidak akan mampu ditanggung walaupun sementara.