hadis 7


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Selasa
8 Sya'ban1436H
26 Mei 2015

🌷PERLU IZIN SUAMI UNTUK BERPUASA SUNAT

عن أَبي هريرة رضي الله عنه: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لا يَحِلُّ لامْرَأةٍ أنْ تَصُومَ وزَوْجُهَا شَاهدٌ إلا بإذْنِهِ، وَلا تَأذَنَ في بَيْتِهِ إلا بِإذنِهِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ وهذا لفظ البخاري.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه: bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak halal (dilarang) bagi seorang isteri untuk berpuasa (sunat) dalam keadaan suami berada di sisinya kecuali dengan izin suaminya. Dia juga tidak boleh membenarkan sesiapa masuk ke dalam rumah melainkan dengan izinnya." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Seorang isteri perlu mendapat keizinan daripada suaminya untuk berpuasa sunat. Begitu juga puasa qadha' Ramadhan jika belum kesempitan masa. Kata Saidatina 'Aisyah: Saya mempunyai puasa Ramadhan yg perlu diganti yang saya tidak dapat laksanakan melainkan bila tiba Sya'ban kerana kesibukan saya dengan urusan bersama RasululLah صلى الله عليه وسلم,
2. Begitu juga isteri tidak dibenarkan membawa sesiapa masuk ke dalam rumah sekiranya tidak mendapat keizinan suami,
3. Isteri boleh bersedekah dengan harta suaminya jika mendapat kebenaran suami yang mana mereka berdua akan mendapat pahala daripada sedekah tersebut.