hadis.NEKAD BUAT MAKSIAT TETAP BERDOSrrA
السَّلاَمُNEKAD BUAT MAKSIAT TETAP BERDOSrrA عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Khamis
3 Sya'ban1436H
21 Mei 2015
🔥NEKAD BUAT MAKSIAT TETAP BERDOSrrA
pp
عن أبي بَكرَةَ نُفيع بنِ الحارثِ الثقفيِّ رضي الله عنه أَنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إِذَا التَقَى المُسلِمَان بسَيْفَيهِمَا فالقَاتِلُ وَالمَقْتُولُ في النّارِ)). قُلتُ: يا رَسُولَ اللهِ، هذا القَاتِلُ فَمَا بَالُ المقْتُولِ؟ قَالَ: ((إنَّهُ كَانَ حَريصًا عَلَى قتلِ صَاحِبهِ)). مُتَّفَقٌ عليهِ.
Dari Abu Bakrah Nufai' bin Al Harith Al Thaqafi رضي الله عنه bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila dua orang Muslim bertembung dengan dua pedang mereka (untuk saling berbunuhan) maka pembunuh dan yang dibunuh masuk neraka." Aku bertanya: Wahai RasululLah, pembunuh itu memang patut (masuk neraka) tetapi apa gerangan yang dibunuh (pun masuk neraka)? Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: "Yang dibunuh itu (turut masuk neraka) kerana dia nekad untuk membunuh kawannya." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)
PENGAJARAN
1. Haram membunuh sesama Muslim jika tidak ada sebab yang dibenarkan Syara' seperti qisas (bunuh balas bunuh), penzina yang muhsan (telah berkahwin) dan murtad,
2. Ulama' berpendapat bahawa balasan buruk (azab neraka) tetap dikenakan kepada orang yang nekad untuk melakukan maksiat walaupun dia tidak sempat melakukannya atas faktor tertentu.