MANUSIA BERPELUH DENGAN LUAR BIASA DI PADANG MAHSYAR
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Sabtu
20 Rejab1436H
9 Mei 2015
🍁MANUSIA BERPELUH DENGAN LUAR BIASA DI PADANG MAHSYAR
عن ابن عمر رضي الله عنهما: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((يَقُومُ النَّاس لِرَبِّ العَالَمينَ حَتَّى يَغِيبَ أحَدُهُمْ في رَشْحِهِ إِلَى أنْصَافِ أُذُنَيهِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
وَ ((الرَّشْحُ)): العَرَقُ.
TERJEMAHAN
Dari Ibnu Umar رضي الله عنهما: bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Manusia berdiri menghadap Tuhan sekelian alam (untuk dibicarakan amalan mereka di Mahsyar) sehingga ada di antara mereka yang tenggelam di dalam peluhnya sehingga ke paras telinga." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)
INTISARI HADITH
1. Diriwayatkan dalam hadith yang lain sebab berpeluh yang luar biasa adalah kesesakan manusia sangat teruk dan kepanasan matahari yang terlalu hampir di atas kepala mereka,
2. Bahkan dikatakan neraka Jahannam terletak berhampiran dengan padang Mahsyar sehingga menyebabkan kepanasan yang dahsyat,
3. Manusia berpeluh mengikut amalan masing-masing semasa hidup di dunia iaitu jika bekalan amal solehnya mencukupi dia akan selamat dari peluh yang luarbiasa (contoh: ada manusia yang mendapat naungan 'Arasy Allah). Sebaliknya bagi mereka yang penuh dengan noda dosa tanpa sempat bertaubat mereka akan tenggelam dalam peluh kerana ketakutan yang amat sangat (terhadap balasan azab yang bakal diterima).