AZAB NERAKA YG PALING RINGAN
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Jumaat
19 Rejab1436H
8 Mei 2015
AZAB NERAKA YG PALING RINGAN NERAKA YG PALING RINGAN
عن النعمان بن بشير رضي الله عنهما، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إنَّ أهْوَنَ أهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ القِيَامَةِ لَرَجُلٌ يوضعُ في أخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَتَانِ يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ. مَا يَرَى أنَّ أَحَدًا أشَدُّ مِنْهُ عَذَابًا، وَأنَّهُ لأَهْوَنُهُمْ عَذَابًا)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
TERJEMAHAN
Dari An Nu'man bin Basyir رضي الله عنهما melaporkan: saya mendengar RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: " Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni Neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua bara api tersebut) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya". (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)
INTISARI HADITH
1. Api neraka dan segala azab yang ada di dalamnya adalah sangat dahsyat dan tidak akan dapat mampu ditanggung oleh sesiapa pun hatta siksaan yang paling ringan sekali,
2. Oleh itu hindarkanlah azab neraka dengan iman yang mantap dan menggandakan amal soleh serta berdoa agar selamat di Akhirat,
3. Tanggungjawab untuk selamat daripada api neraka turut menjadi tugas kepada ketua keluarga iaitu para suami/bapa (rujuk Surah At Tahrim: ayat 6). Oleh itu mereka berperanan besar dalam mendidik keluarga supaya mentaati perintah Allah dan rasulNya.