hadis 3
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Isnin
14 Sya'ban1436H
1 Jun 2015
🌾BERAMAL PADA MALAM NISFU (PERTENGAHAN BULAN) SYA'BAN
عن عائشة بنت أبي بكر قالت: «قام رسول الله من الليل يصلي، فأطال السجود حتى ظننت أنه قد قبض، فلما رأيت ذلك قمت حتى حركت إبهامه فتحرك فرجعت، فلما رفع إلي رأسه من السجود وفرغ من صلاته، قال: يا عائشة أظننت أن النبي قد خاس بك؟، قلت: لا والله يا رسول الله، ولكنني ظننت أنك قبضت لطول سجودك، فقال: أتدرين أي ليلة هذه؟ قلت: الله ورسوله أعلم، قال: هذه ليلة النصف من شعبان، إن الله عز وجل يطلع على عباده في ليلة النصف من شعبان، فيغفر للمستغفرين، ويرحم المسترحمين، ويؤخر أهل الحقد كما هم» [16].
TERJEMAHAN
Dari 'Aisyah binti Abu Bakar رضي الله عنهما melaporkan: RasululLah telah bangun malam untuk bersolat, maka Baginda memanjangkan sujud sehingga aku menyangka nyawanya telah diambil (kerana sujud yang terlalu lama). Melihat yang demikian aku pun bangun lalu menggerakkan ibu jari Baginda dan jari itu pun bergerak. Melihat yang demikian aku pun kembali. Apabila Baginda mengangkat kepala daripada sujud dan selesai solat Baginda bertanya: "Wahai 'Aisyah adakah kamu menyangka yang Nabi telah menghindari kamu?" Aku menjawab: "Demi Allah tidak. Tetapi aku menyangka bahawa nyawamu telah dicabut kerana sujudmu yang terlalu lama. Maka Nabi bertanya lagi: " Adakah kamu mengetahui malam apakah ini?" Aku menjawab: Allah dan RasulNya yang paling mengetahui. Nabi menjelaskan: "Inilah malam pertengahan bulan Sya'ban (Nisfu Sya'ban). Sesungguhnya Allah menjenguk hamba-hambaNya pada malam Nisfu Sya'ban maka dia mengampunkan orang yang memohon keampunan dan merahmati orang yang meminta kerahmatan serta menangguhkan bagi orang berhasad dengki selagi mereka begitu." (Mafhum HR Al Baihaqy)
PENGAJARAN
1. Amalan menghidupkan malam Nisfu Sya'ban adalah amat digalakkan berdasarkan amalan Nabi صلى الله عليه وسلم sendiri,
2. Ganjaran kepada mereka yang beramal pada malam tersebut adalah istimewa yang mana ianya tidak terdapat pada malam-malam yang lain,
3. Perbuatan suka bermusuhan seperti hasad dengki akan menyebabkan seseorang terhalang daripada mendapat keampunan dan rahmat Allah Ta'ala.