hadis 4
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Ahad
13 Sya'ban1436H
31 Mei 2015
🌵JANGAN TEGOPOH GAPAH DALAM IBADAH
وعن ابن عباس رضي الله عنهما: أنَّهُ دَفَعَ مَعَ النَّبيِّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ عَرَفَةَ فَسَمِعَ النبيُّ صلى الله عليه وسلم وَرَاءهُ زَجْرًا شَديدًا وَضَرْبًا وَصَوْتًا للإِبْلِ، فَأشَارَ بِسَوْطِهِ إلَيْهِمْ، وقال: ((أيُّهَا النَّاسُ، عَلَيْكُمْ بالسَّكِينَةِ، فَإنَّ الْبِرَّ لَيْسَ بالإيضَاعِ)). رواه البخاري، وروى مسلم بعضه.
TERJEMAHAN
Dari Ibnu 'Abbas رضي الله عنهما bahawasanya beliau berangkat bersama Nabi صلى الله عليه وسلم pada hari 'Arafah. Maka Nabi صلى الله عليه وسلم telah mendengar di belakangnya herdikan, pukulan dan suara yang keras bertujuan mengarah unta. Maka Nabi صلى الله عليه وسلم Nabi memberi isyarat dengan mengangkat cemeti Baginda lalu bersabda: "Wahai manusia hendaklah kamu tenang (dalam beribadah kepada Allah) kerana sesungguhnya tidak ada kebaikan (daripada ibadah yang dilakukan) dengan cara tergesa-gesa." (Mafhum HR Al Bukhari)
PENGAJARAN
1. Setiap ibadah (seperti solat, haji dll) tidak boleh dilakukan secara tergopoh gapah kerana cara yang demikian tidak memberikan kesan yang baik,
2. Sebaliknya ianya mestilah dilakukan dengan tenang dan khusyuk kerana ibadah merupakan suatu perkara yang dipersembahkan kepada Allah semoga ianya diterima dan mendatangkan pahala.