himpunan ws smupt

 Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).
(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).”
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990),

Tazkirah Pagi Rabu
16 Sya'ban 1436h
03 May 2015m

Sesungguhnya Allah swt memberi amaran kepada orang orang yang beriman.
Sesiapa yang murtad dari agama Islam maka Allah swt akan menggantikan dengan kaum lain ia saling kasih mengasihi diantara mereka
Seperti firman Allah dalam surah Al Maeda ayat 54 sampai 57.
Semoga dapat sama sama kita ambil iktibar.

Surah Al-Maeda, ayat 54:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Surah Al-Maeda, ayat 55:
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

Surah Al-Maeda, ayat 56:
وَمَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.

Surah Al-Maeda, ayat 57:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.

Tafsir Al-Quran, Surat Al-Maidah Ayat 55-59
http://indonesian.irib.ir/islam/al-quran/item/55517-Tafsir_Al-Quran,_Surat_Al-Maidah_Ayat_55-59

Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lujnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar

[7:58am, 6/4/2015] ‪+60 19-981 7198‬: تفسير الطبري
الْقَوْل فِي تَأْوِيل قَوْله تَعَالَى : { إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْر وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ } يَقُول تَعَالَى ذِكْره : { إِنَّا نَحْنُ نَزَلْنَا الذِّكْر } وَهُوَ الْقُرْآن , { وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ } قَالَ : وَإِنَّا لِلْقُرْآنِ لَحَافِظُونَ مِنْ أَنْ يُزَاد فِيهِ بَاطِل مَا لَيْسَ مِنْهُ , أَوْ يَنْقُص مِنْهُ مَا هُوَ مِنْهُ مِنْ أَحْكَامه وَحُدُوده وَفَرَائِضه
[8:04am, 6/4/2015] ‪+60 19-981 7198‬: 🔴Terpelihara al Quran dari sebarang pengurangan atau penambahan dari sudut HURUF,  KALIMAH,  HUKUM, BATASAN BATASAN, PERKARA PERKARA FARDHU DLL.
..sila tambah...
[10:14am, 6/5/2015] ‪+60 12-966 7868‬: قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
SABA 39

Salam subuh jumaat
[9:36am, 6/8/2015] ‪+60 19-981 7198‬: وَقَالَ عُمَرُ تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا

Shahabat Umar  berkata : “Belajarlah kalian ilmu sebelum kalian berusia lanjut”.
[10:25am, 6/8/2015] ‪+60 11-2100 1665‬: lupo gak eh tu....
[10:27am, 6/8/2015] ‪+60 19-981 7198‬: *tulis nama,  bilangan hadir dan bulatkan RM pd slip bayaran.
[1:47pm, 6/8/2015] ‪+60 19-373 3486‬: Tulis nama pd slip dn antar kt.k.long.
[7:59am, 6/9/2015] ‪+60 19-928 3093‬: Perkongsian kuliah Ustaz Azhar Idrus di Surau Flat Bukit Kecik
Tajuk : Hukum islam terhadap orang perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya.

Allah Taala menciptakan manusia ada jantinanya, adapun malaikat tidak ada jantina...Jadi kita kena bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah terhadap jantina yang di anugerahkan kepada kita.

Lelaki mahupun perempuan dia ada lebih dan kurang masing masing.

Orang lelaki ketua kepada rumahtangga, kerana tiap masalah yang berlaku mesti ada seorang pemimpin utk membuat keputusan menyelesaikan masalah tersebut, sebab tu kita kena hidup dalam kepimpinan.

Adapun jika suami memerintahkan isteri berbuat perkara yang haram, maka tidak wajib isteri ikut.

Orang perempuan sebelum kahwin wajib taat kepada ibunya melebihi yang lain, adapun setelah berkahwin maka wajib taat suami melebihi dari yang lain.

Bagi yang belum kahwin, ibubapalah menjadi kepimpinan seseorang...Dan apabila berkahwin maka suamilah yang jadi kepimpinan seseorang.

Rasa tidak puas hati dengan jantina yang Allah kurniakan ni adalah amalan jahiliyyah.

Jangan kita rasa kurang atau kecewa bila Allah anugerahkan kepada kita anak yang jantinanya tidak kena dengan kehendak kita.

Kelebihan orang lelaki ialah di lantik Nabi daripada kalangan lelaki....Kelebihan perempuan pula melahirkan para nabi.

Allah Taala ni maha bijaksana lagi maha adil.

Jantina yang ada pada kita sekarang berkekalan hingga ke hari kiamat hingga ke dalam syurga....Sebab tu jangan kita ubah jantina, sebut dalam hadis kena laknat.

Perbuatan lelaki menyerupai perempuan atau perempuan menyerupai lelaki dengan SENGAJA samada dari segi bentuk badan, atau perkataan, atau perbuatan, atau pakaian, atau tingkah laku adalah perkara yang haram lagi terlaknat.

Haram orang lelaki pakai pakaian khusus bagi untuk perempuan, begitu juga haram bagi perempuan pakai pakaian yang khusus untuk lelaki...Khusus ni ulama yang tentukan atau mengikut uruf setempat jika tidak ada nas.

Adapun pakaian yang "unisex" yakni untuk lelaki dan perempuan maka tidak salah lelaki atau perempuan memakainya.

Bila sebut laknat ni, maknanya Allah jauhkan daripada rahmat, dan para malaikat mendoakan keburukan untuknya.

Bila Quran atau hadis sebut laknat, maka itu adalah dosa besar...Syeikh Ibnu Hajar Haithami.

Orang perempuan haram potong rambut pendek sehingga menyerupai lelaki.

Orang perempuan afdhal menyimpan rambut panjang, sekurang kurang paras bahu hingga ke bawah.

Perempuan yang potong rambut atas pada paras bahu hukumnya harus...Kalau pendek lagi, tapi tak sama lagi dengan lelaki, maka makhruh hukumnya...Kalau pendek lagi seperti lelaki maka haram hukumnya.

Orang lelaki pakai pakaian atau perhiasan perempuan, seperti rantai, subang, gelang, ini semua haram kerana dikira menyerupai perempuan.

Perlu diingat, adapun tabiat semulajadi yang memang asalnya memang begitu seperti seorang lelaki yang berpewatakan lembut, tapi bukan dibuat buat maka itu tidak menjadi kesalahan.


Soalan


Macam mana cara nak tegur orang yang terbuka auratnya semasa sujud..kalau kita tgh dgr khutbah macam mana pulak.?
Bila sudah diyakini batal solatnya, maka kita boleh pegang dia, dan beritahu direct kepada dia yang solatnya telah batal kerana aurat terbuka..Jika tgh dgr khutbah bagi isyarat kepada dia, pegang dia dulu, kemudian tunjuk pada tempat aurat terbuka.


Apa hukum buat line di rambut.?
Jawabnya tak boleh buat line kat rambut, yang orang buat tu buat line kat kepala, jawabnya jumhur ulama mengatakan jika bukan meniru gaya orang kafir maka hukumnya makhruh...Jika meniru gaya kafir maka haram hukumnya.



Burung merpati di mekah adakah termasuk binatang buruan.?
Jawabnya tidak, binatang buruan ni binatang yang liar yang sukar utk kita tumpahkan darahnya.


Apa hukum baca doa iftitah.?
Jawabnya sunat, yakni sunat hai,ah, sunat yang ringan, jika sengaja tinggal, maka tidak sunat sujud sahwi....Jika sujud sahwi juga kerana meninggalkan sunat hai,ah maka qaul muktamad kata batal solat.


Apa hukum berkongsi makanan dengan orang kafir.?
Jawabnya harus, syaratnya makanan tu makanan yang halal...Kalau kita makan bekas makan atau minum orang kafir pun harus dengan syarat tidak ada najis pada makanan.


Bila kita teringat kepada tunang, adakah dikira zina hati.?
Tidak dikira zina hati, sebab tu fitrah manusia kita ni ingat kat sape2...Yang kata zina hati kita bayangkan (imagine) berseronok atau buat maksiat dengan dia.

Macam mana cara supaya jadi minat belajar Al Quran.?
Jawabnya berkawanlah dengan ahli quran, yakni orang yang suka baca quran.

Semoga bermanfaat kepada kita semua...Insyaallah