umum ....


[11:02am, 5/19/2015] ‪+60 12-984 3229‬: Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

💞 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah.

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad sa, pernah bersabda;

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona D'Zahrah
IKIMfm.
[4:14pm, 5/20/2015] ‪+60 19-342 1535‬: Memandangkan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

1. HENTIKAN semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!

2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.

3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.

4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.

5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.

6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.

7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).

8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.

9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.

10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.
* Ini adalah pandangan pakar petir, Hartono Zainal Abidin
[8:50am, 5/27/2015] Ustaz Nazri: Tadarruj (berperingkat) dlm perlaksanaan hudud.

kita perlu akui kewajiban melaksanakan syariat Allah s.w.t tanpa kita merendahkan mereka yg berusaha sedaya mampu utk melaksanakan perintah tersebut. saya yakin dan thiqah dengan ulama amilin dlm jemaah PAS yg ikhlas memperjuangkan syariat islam umumnya dan hudud khususnya di negara kita tercinta.

saya yakin, seandainya semua pihak memberi peluang utk PAS menerangkan tentang hudud dengan lebih mendalam, sudah pasti suara-suara sumbang yg cuba menggagalkan usaha mentaqnin (mengaktakan) hudud akan berkurangan.

bila saya baca tulisan syeikh qardhawi dan beberapa ulama lain berkenaan hudud, ada satu perkara yg kita perlu teliti. perbezaan antara "taqnin" (akta) dan "tanfiz" (perlaksanaan).

kalau cerita zaman umar dulu menangguhkan hudud, waktu itu sudah ditaqninkan hukuman hudud, yg ditangguh oleh umar adalah "tanfiz" disebabkan masalah-masalah yg melanda umat islam ketika itu. ada pun taqnin merupakan batu asas, tanpa akta maka mustahil utk tanfiz (perlaksanaan).

kita perlu ingat, mustahil sejumlah ulama' yg ramai mengeluarkan fatwa yg sesat dan berkepentingan politik. nabi bersabda, "tidak berkumpul umat ku dlm kesesatan" au kama qaal. jadi, jgn bermudah-mudah dlm menghukum ulama' tersebut hanya menggunakan hudud utk kepentingan politik. moga kita semua dikurniakan hidayah dan dipertemukan dgn ramadhan.

HAZWAN FAISAL
27/5/2015
[6:28pm, 6/2/2015] ‪+60 19-931 4378‬: TIDUR

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

👉Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

👉Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

👉Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

👉Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

Wallahualam.