PENERIMAAN HATI TERHADAP KEBAIKAN/KEJAHATAN
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Isnin
15 Rejab1436H
6 Mei 2015
💘PENERIMAAN HATI TERHADAP KEBAIKAN/KEJAHATAN
عن النَّوَاس بنِ سمعان رضي الله عنه قَالَ: سألتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم عن البِرِّ وَالإثم، فَقَالَ: ((البِرُّ: حُسنُ الخُلقِ، والإثمُ: مَا حاك في صدرِك، وكَرِهْتَ أن يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ)). رواه مسلم.
Dari An Nawas bin Sam'an رضي الله عنه melaporkan: saya bertanya kepada RasululLah صلى الله عليه وسلم tentang kebaikan dan kejahatan. Maka Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: "Kebaikan itu adalah akhlaq yang baik. Dan kejahatan itu apa yang menjadikan hati kamu resah dan kamu benci ianya diketahui oleh manusia." (Mafhum HR Muslim)
INTISARI HADITH
1. Kebaikan adalah ketaatan yang mendatangkan pahala sedangkan kejahatan pula adalah maksiat yang menyebabkan dosa kepada pelakunya,
2. Jika seseorang mempunyai akhlaq yang baik dia hanya cenderung untuk membuat kebajikan dan menghindarkan perkara yang mendatangkan dosa,
3. Hakikat orang yang melakukan dosa adalah hatinya tidak tenang dan malu jika perbuatan buruknya menjadi buah mulut orang. Ini kerana jiwa manusia (walaupun orang jahat) hanya suka kepada perkara terpuji dan bencikan perkara terkeji.