AMALAN DI HARI JUMAAT SEBAGAI PENGHAPUS DOSA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Jumaat
12 Rejab1436H
1 Mei 2015
🌴AMALAN DI HARI JUMAAT SEBAGAI PENGHAPUS DOSA
عَن أبي هريرة رضي الله عنه ، عن رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((الصَّلَوَاتُ الخَمْسُ، وَالجُمُعَةُ إِلَى الجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّراتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الكَبَائِرُ)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, dari RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: " Solat fardhu lima waktu, antara Jumaat hingga Jumaat berikutnya dan antara Ramadhan hingga Ramadhan seterusnya merupakan penghapus dosa antara tempoh tersbut selagi menjauhkan dosa-dosa besar." (Mafhum HR Muslim)
INTISARI HADITH
1. Setiap kewajipan agama mempunyai kelebihan tertentu bila dilaksanakan sebaiknya. Contoh: Solat lima waktu dapat menyucikan dosa ibarat seorang yang mandi/membersihkan diri lima kali sehari di sungai yang berada di pintu rumahnya (Mafhum HR Muttafaq 'alaih),
2. Di samping itu dengan kemurahan Allah Taala, ketaatan-ketaatan yang dilakukan turut menghapuskan dosa-dosa yang pernah dilakukan,
3. Walau bagaimanapun jika seseorang pernah melakukan dosa besar seperti berzina, minum arak, berjudi, syirik (na'uzubilLah) dll ianya memerlukan kepada taubat nasuha (bersungguh-sungguh) barulah mendapat keampunan. Begitu juga jika pernah bersalah sesama manusia ianya memerlukan kepada mohon maaf dan minta halal terhadap dosa yang pernah dilakukan.