DALAM MENEGUR KESILAPANُ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Khamis
25 Rejab1436H
14 Mei 2015

 DALAM MENEGUR KESILAPANُ

عن أَبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: أخذ الحسن بن علي رضي الله عنهما تَمْرَةً مِنْ تَمْر الصَّدَقَةِ فَجَعَلَهَا في فِيهِ، فَقَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلp: ((كَخْ كَخْ إرْمِ بِهَا، أَمَا عَلِمْتَ أنَّا لاَ نَأكُلُ الصَّدَقَةَ))!؟ مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: Saidina Al Hasan bin Ali (cucu RasululLah) telah mengambil sebiji tamar daripada tamar-tamar yang disedekahkan lalu ia memasukkannya ke dalam mulutnya. Maka Baginda صلى الله عليه وسلم menegur: "Luahkanlah tamar itu. Tidakkah kamu tahu bahawa kita (keluarga RasululLah) tidak dibolehkan memakan (menerima) sedekah." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Antara keunikan RasululLah adalah Baginda tidak menerima sedekah. Begitu juga dengan keluarga dan keturunan Baginda,
2. Walau bagaimanapun Baginda menerima pemberian lain dalam bentuk hadiah bahkan menggalakkan amalan saling memberi hadiah kerana boleh mengeratkan silaturahim,
3. Setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah ditegur dengan baik (berhikmah) hatta kepada kanak-kanak supaya teguran itu mudah diterima.