hadis 11


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Ahad
6 Sya'ban1436H
24 Mei 2015

🌾LARANGAN BERPUASA SUNAT DI AMBANG RAMADHAN KECUALI BAGI YANG TELAH BIASA BERPUASA

عن أَبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لا يَتَقَدَّمَنَّ أَحَدُكُم رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ، إِلا أنْ يَكُونَ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَومَهُ، فَليَصُمْ ذَلِكَ اليَوْمَ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Janganlah sesekali seseorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari kecuali jika seorang lelaki yang pernah berpuasa dengan puasanya, maka hendaklah ia berpuasa pada hari tersebut." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Nabi صلى الله عليه وسلم melarang berpuasa bila berada di ambang (sehari atau dua hari sebelum datangnya) Ramadhan kecuali jika seseorang itu telah biasa berpuasa seperti puasa sunat Isnin/ Khamis dan sebagainya,
2. Begitu juga dibenarkan berpuasa bagi mereka yang bernazar dan menggantikan (qadha') puasa Ramadhan,
3. Ulama' berselisih pendapat adakah larangan itu bersifat haram atau makruh? Pendapat Imam Malik menyatakan ianya adalah haram. Manakala majoriti ulama' (Hanafi, Syafi'e dan Hanbali) berpendapat hukum puasa tersebut hanya makruh sahaja.