طرق أخري مختلفة لعلاج السحر

تعقد دائما بأهداف  إذاء معينة للمعقود له العمل او السحر بالتفريق مثلا بين الرجل وزوجته أو بينه أو أبيه أو أمه أو أخيه أو شريكه.
وهكذا، أو المحبة أو الكراهة  او بالتخييل أو الجنون أو الخمول أو المرض أو النزيف او غير ذلك كما ذكرنا في غير هذا الموضوع.
فإن كان سحر تفريق ، تقرأ الرقية الأتية:
1. الفاتحة
2. البقرة: 1-5
3. البقرة : 102
البقرة : 163-164
البقرة : 255
البقرة : 285-286
4. ال عمران : 18-19

الأعراف :  54-56 
الأعراف : 117-122
5. يونس :81-82 
6. طه    : 69
7. المؤمنون : 115-117
8. الصافات : 1-10
9. الأحقاف : 29-32
10. الرحمن  : 33-36
11. الحشر : 21-24
12. الجن  : 1-9
13. الإخلاص 
14. الفلق
15. الناس












LINK YOUTUBE

TIGA JAMRAH

AMALAN DI HARI JUMAAT SEBAGAI PENGHAPUS DOSA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Jumaat
12 Rejab1436H
1 Mei 2015

🌴AMALAN DI HARI JUMAAT SEBAGAI PENGHAPUS DOSA

عَن أبي هريرة رضي الله عنه ، عن رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((الصَّلَوَاتُ الخَمْسُ، وَالجُمُعَةُ إِلَى الجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّراتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الكَبَائِرُ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, dari RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: " Solat fardhu lima waktu, antara Jumaat hingga Jumaat berikutnya dan antara Ramadhan hingga Ramadhan seterusnya merupakan penghapus dosa antara tempoh tersbut selagi menjauhkan dosa-dosa besar." (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Setiap kewajipan agama mempunyai kelebihan tertentu bila dilaksanakan sebaiknya. Contoh: Solat lima waktu dapat menyucikan dosa ibarat seorang yang mandi/membersihkan diri lima kali sehari di sungai yang berada di pintu rumahnya (Mafhum HR Muttafaq 'alaih),
2. Di samping itu dengan kemurahan Allah Taala, ketaatan-ketaatan yang dilakukan turut menghapuskan dosa-dosa yang pernah dilakukan,
3. Walau bagaimanapun jika seseorang pernah melakukan dosa besar seperti  berzina, minum arak, berjudi, syirik (na'uzubilLah) dll ianya memerlukan kepada taubat nasuha (bersungguh-sungguh) barulah mendapat keampunan. Begitu juga jika pernah bersalah sesama manusia ianya memerlukan kepada mohon maaf dan minta halal terhadap dosa yang pernah dilakukan.

ISTIWA'


Istiwa Azam ialah dua waktu ter tentu yg berlaku setiap tahun semasa kududukan matahari adalah tepat di alam semesta diatas kaabah (seperti di ilustrasikan)!

Untuk tahun 2015 ini, Istiwa Azam insya'Allah berlaku pada:
5.16 petang waktu malaysia pada 28 Mei 2015
Dan
5.28 petang waktu malaysia pada 16 Julai 2015.

Dariitu, pada ketika Itu, dimana saja kita berada, Kita boleh lihat ke arah matahari Dan di mana hala(tuju) Atau arah bayang2 pada ketika itu, adalah arah kiblat sebenarnye utk tempat itu!

Jangan lupa mengambil kesempatan ini kalau nak cek atau terus mengesahkan arah kiblat rumah, Istana, pondok, surau anda!! Ini lah cara yang paling ori sekali Dan tanpa error2 instrument atau magnetic Dan lain2 error!!
#copypaste#

KELEQBIHAN IBADAH PUASA RAMADHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Rabu
23 Sya'ban1436H
10 Jun 2015


وعن أَبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

PENGAJARAN
1. Orang-orang yang berpuasa Ramadhan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala di sisi Allah akan mendapat pengampunan dosa secara automatik,
2. Dosa yang diampunkan adalah dosa-dosa kecil. Adapun dosa-dosa besar memerlukan kepada taubat nasuha barulah diberi pengampunan oleh Allah,
3. Doa orang yang berpuasa adalah mustajab sehinggalah waktu berbuka puasa. Oleh itu hendaklah mereka memperbanyakkan doa semasa dalam keadaan berpuasa.

himpunan ws smupt

 Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).
(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).”
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990),

Tazkirah Pagi Rabu
16 Sya'ban 1436h
03 May 2015m

Sesungguhnya Allah swt memberi amaran kepada orang orang yang beriman.
Sesiapa yang murtad dari agama Islam maka Allah swt akan menggantikan dengan kaum lain ia saling kasih mengasihi diantara mereka
Seperti firman Allah dalam surah Al Maeda ayat 54 sampai 57.
Semoga dapat sama sama kita ambil iktibar.

Surah Al-Maeda, ayat 54:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Surah Al-Maeda, ayat 55:
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

Surah Al-Maeda, ayat 56:
وَمَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.

Surah Al-Maeda, ayat 57:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.

Tafsir Al-Quran, Surat Al-Maidah Ayat 55-59
http://indonesian.irib.ir/islam/al-quran/item/55517-Tafsir_Al-Quran,_Surat_Al-Maidah_Ayat_55-59

Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lujnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar

[7:58am, 6/4/2015] ‪+60 19-981 7198‬: تفسير الطبري
الْقَوْل فِي تَأْوِيل قَوْله تَعَالَى : { إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْر وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ } يَقُول تَعَالَى ذِكْره : { إِنَّا نَحْنُ نَزَلْنَا الذِّكْر } وَهُوَ الْقُرْآن , { وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ } قَالَ : وَإِنَّا لِلْقُرْآنِ لَحَافِظُونَ مِنْ أَنْ يُزَاد فِيهِ بَاطِل مَا لَيْسَ مِنْهُ , أَوْ يَنْقُص مِنْهُ مَا هُوَ مِنْهُ مِنْ أَحْكَامه وَحُدُوده وَفَرَائِضه
[8:04am, 6/4/2015] ‪+60 19-981 7198‬: 🔴Terpelihara al Quran dari sebarang pengurangan atau penambahan dari sudut HURUF,  KALIMAH,  HUKUM, BATASAN BATASAN, PERKARA PERKARA FARDHU DLL.
..sila tambah...
[10:14am, 6/5/2015] ‪+60 12-966 7868‬: قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
SABA 39

Salam subuh jumaat
[9:36am, 6/8/2015] ‪+60 19-981 7198‬: وَقَالَ عُمَرُ تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا

Shahabat Umar  berkata : “Belajarlah kalian ilmu sebelum kalian berusia lanjut”.
[10:25am, 6/8/2015] ‪+60 11-2100 1665‬: lupo gak eh tu....
[10:27am, 6/8/2015] ‪+60 19-981 7198‬: *tulis nama,  bilangan hadir dan bulatkan RM pd slip bayaran.
[1:47pm, 6/8/2015] ‪+60 19-373 3486‬: Tulis nama pd slip dn antar kt.k.long.
[7:59am, 6/9/2015] ‪+60 19-928 3093‬: Perkongsian kuliah Ustaz Azhar Idrus di Surau Flat Bukit Kecik
Tajuk : Hukum islam terhadap orang perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya.

Allah Taala menciptakan manusia ada jantinanya, adapun malaikat tidak ada jantina...Jadi kita kena bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah terhadap jantina yang di anugerahkan kepada kita.

Lelaki mahupun perempuan dia ada lebih dan kurang masing masing.

Orang lelaki ketua kepada rumahtangga, kerana tiap masalah yang berlaku mesti ada seorang pemimpin utk membuat keputusan menyelesaikan masalah tersebut, sebab tu kita kena hidup dalam kepimpinan.

Adapun jika suami memerintahkan isteri berbuat perkara yang haram, maka tidak wajib isteri ikut.

Orang perempuan sebelum kahwin wajib taat kepada ibunya melebihi yang lain, adapun setelah berkahwin maka wajib taat suami melebihi dari yang lain.

Bagi yang belum kahwin, ibubapalah menjadi kepimpinan seseorang...Dan apabila berkahwin maka suamilah yang jadi kepimpinan seseorang.

Rasa tidak puas hati dengan jantina yang Allah kurniakan ni adalah amalan jahiliyyah.

Jangan kita rasa kurang atau kecewa bila Allah anugerahkan kepada kita anak yang jantinanya tidak kena dengan kehendak kita.

Kelebihan orang lelaki ialah di lantik Nabi daripada kalangan lelaki....Kelebihan perempuan pula melahirkan para nabi.

Allah Taala ni maha bijaksana lagi maha adil.

Jantina yang ada pada kita sekarang berkekalan hingga ke hari kiamat hingga ke dalam syurga....Sebab tu jangan kita ubah jantina, sebut dalam hadis kena laknat.

Perbuatan lelaki menyerupai perempuan atau perempuan menyerupai lelaki dengan SENGAJA samada dari segi bentuk badan, atau perkataan, atau perbuatan, atau pakaian, atau tingkah laku adalah perkara yang haram lagi terlaknat.

Haram orang lelaki pakai pakaian khusus bagi untuk perempuan, begitu juga haram bagi perempuan pakai pakaian yang khusus untuk lelaki...Khusus ni ulama yang tentukan atau mengikut uruf setempat jika tidak ada nas.

Adapun pakaian yang "unisex" yakni untuk lelaki dan perempuan maka tidak salah lelaki atau perempuan memakainya.

Bila sebut laknat ni, maknanya Allah jauhkan daripada rahmat, dan para malaikat mendoakan keburukan untuknya.

Bila Quran atau hadis sebut laknat, maka itu adalah dosa besar...Syeikh Ibnu Hajar Haithami.

Orang perempuan haram potong rambut pendek sehingga menyerupai lelaki.

Orang perempuan afdhal menyimpan rambut panjang, sekurang kurang paras bahu hingga ke bawah.

Perempuan yang potong rambut atas pada paras bahu hukumnya harus...Kalau pendek lagi, tapi tak sama lagi dengan lelaki, maka makhruh hukumnya...Kalau pendek lagi seperti lelaki maka haram hukumnya.

Orang lelaki pakai pakaian atau perhiasan perempuan, seperti rantai, subang, gelang, ini semua haram kerana dikira menyerupai perempuan.

Perlu diingat, adapun tabiat semulajadi yang memang asalnya memang begitu seperti seorang lelaki yang berpewatakan lembut, tapi bukan dibuat buat maka itu tidak menjadi kesalahan.


Soalan


Macam mana cara nak tegur orang yang terbuka auratnya semasa sujud..kalau kita tgh dgr khutbah macam mana pulak.?
Bila sudah diyakini batal solatnya, maka kita boleh pegang dia, dan beritahu direct kepada dia yang solatnya telah batal kerana aurat terbuka..Jika tgh dgr khutbah bagi isyarat kepada dia, pegang dia dulu, kemudian tunjuk pada tempat aurat terbuka.


Apa hukum buat line di rambut.?
Jawabnya tak boleh buat line kat rambut, yang orang buat tu buat line kat kepala, jawabnya jumhur ulama mengatakan jika bukan meniru gaya orang kafir maka hukumnya makhruh...Jika meniru gaya kafir maka haram hukumnya.



Burung merpati di mekah adakah termasuk binatang buruan.?
Jawabnya tidak, binatang buruan ni binatang yang liar yang sukar utk kita tumpahkan darahnya.


Apa hukum baca doa iftitah.?
Jawabnya sunat, yakni sunat hai,ah, sunat yang ringan, jika sengaja tinggal, maka tidak sunat sujud sahwi....Jika sujud sahwi juga kerana meninggalkan sunat hai,ah maka qaul muktamad kata batal solat.


Apa hukum berkongsi makanan dengan orang kafir.?
Jawabnya harus, syaratnya makanan tu makanan yang halal...Kalau kita makan bekas makan atau minum orang kafir pun harus dengan syarat tidak ada najis pada makanan.


Bila kita teringat kepada tunang, adakah dikira zina hati.?
Tidak dikira zina hati, sebab tu fitrah manusia kita ni ingat kat sape2...Yang kata zina hati kita bayangkan (imagine) berseronok atau buat maksiat dengan dia.

Macam mana cara supaya jadi minat belajar Al Quran.?
Jawabnya berkawanlah dengan ahli quran, yakni orang yang suka baca quran.

Semoga bermanfaat kepada kita semua...Insyaallah

KELEBIHAN SURAH AL-MULK


💝 Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
.
.
Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”🌺

GALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN PUTIH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Selasa
9 Rejab1436H
28 April 2015

👔GALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN PUTIH

عن سَمُرَة رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الْبَسُوا البَيَاضَ؛ فَإنَّهَا أَطْهَرُ وَأَطْيَبُ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ)). رواه النسائي والحاكم، وقال: ((حديث صحيح)).

TERJEMAHAN
Dari Samurah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Pakailah pakaian yang berwarna putih, kerana ianya adalah paling bersih dan paling baik. Dan kafankanlah dengannya orang yang meninggal dunia di kalangan kamu." (Mafhum HR An Nasaie dan Al Hakim.

INTISARI HADITH
1. Hukum memakai pakaian bewarna putih adalah sunat bahkan ianya mencerminkan kebersihan bagi yang memakainya,
2. Pakaian dengan warna-warna lain seperti merah, hitam, hijau dan lain-lain juga diharuskan (boleh dipakai) kerana Nabi صلى الله عليه وسلم turut memakainya (HR Muttafaq 'alaih),
3. Sunat juga memilih kain bewarna putih untuk dijadikan kain kafan.

SOLAT JANGAN SEKADAR SAMBIL LEWA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Rabu
10 Rejab1436H
29 April 2015

🌾SOLAT JANGAN SEKADAR SAMBIL LEWA

عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا أَحْسَنَ الرَّجُلُ الصَّلاةَ فَأَتَمَّ رُكُوعَهَا وَسُجُودَهَا ، قَالَتِ الصَّلاةُ : حَفِظَكَ اللَّهُ كَمَا حَفِظْتَنِي ، فَتُرْفَعُ ، وَإِذَا أَسَاءَ الصَّلاةَ فَلَمْ يُتِمَّ رُكُوعَهَا وَسُجُودَهَا ، قَالَتِ الصَّلاةُ : ضَيَّعَكَ اللَّهُ كَمَا ضَيَّعْتَنِي ، فَتُلَفُّ كَمَا يُلَفُّ الثَّوْبُ الْخَلَقُ ، فَيُضْرَبُ بِهَا وَجْهُهُ " . رواه مسلم

TERJEMAHAN
Dari 'Ubadah bin As Samit melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: " Apabila seorang lelaki (termasuk wanita) memperelokkan solat dengan menyempurnakan rukuk dan sujudnya, solatnya itu akan berkata: Semoga Allah pelihara kamu sebagaimana kamu memeliharaku. Lalu (pahala) solat itu di angkat (ke sisi Allah). Apabila seorang itu meremehkan solat dengan tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya, maka berkatalah solat: Semoga Allah mensia-siakan kamu sepertimana kamu mensia-siakan aku. Maka solat itu digumpalkan seperti kain yang digumpalkan lalu dicampakkan ke mukanya." (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Solat yang sempurna adalah solat yang didirikan dengan menjaga segala rukun (seperti toma'ninah utk setiap rukun), adab dan sunatnya (termasuk berjemaah) serta khusyuk (memberi tumpuan) dalam solat,
2. Malanglah bagi mereka yang solat tetapi tidak mendapat pahala daripada solat kerana menunaikannya dalam keadaan sambil lewa,
3. Usaha untuk memperelokkan ibadah terutama solat perlulah diberi tumpuan serius supaya ibadah yang dilakukan sah dan diterima (mendatangkan pahala di sisi Allah).

FADHILAT MERINGANKAN BEBANAN ORANG BERHUTANG



Renungan Pagi Khamis
11 Rejab1436H
30 April 2015

💰FADHILAT MERINGANKAN BEBANAN ORANG BERHUTANG

عن أَبي قتادة رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((مَنْ سَرَّهُ أنْ يُنَجِّيَهُ اللهُ مِنْ كُرَبِ يَوْمِ القِيَامَةِ، فَلْيُنَفِّسْ عَنْ مُعْسِرٍ أَوْ يَضَعْ عَنْهُ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Qatadah رضي الله عنه melaporkan: saya mendengar RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang menginginkan supaya Allah menyelamatkannya daripada huru hara kesusahan pada hari Kiamat, maka hendaklah dia memberikan keringanan kepada orang (berhutang) yang terdesak atau menghapus kira (hutang itu) daripadanya." (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Amalan memberi hutang sama ada dalam bentuk pinjaman wang, bayaran tangguh terhadap barang dll adalah mulia kerana dikategorikan sebagai membantu mereka yang memerlukan,
2. Orang yang berhutang pula berkewajipan menjelaskan hutangnya bila tiba masanya (tempoh matang),
3. Walau bagaimanapun, jika orang yang berhutang menghadapi musibah seperti sakit, terlibat dengan bencana alam dll sipemberi hutang digalakkan untuk memberi keringanan kepadanya,
4. Keringanan boleh jadi dengan melanjutkan tempoh bayaran sehingga ada kemampuan untuk membayar, memberikan potongan (diskaun) atau menghapus kira hutang tersebut,
5. Orang yang sanggup memberikan sanggup keringanan tersebut pasti akan mendapat ganjaran yang besar di Akhirat.

AMALAN DI HARI JUMAAT SEBAGAI PENGHAPUS DOSA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Jumaat
12 Rejab1436H
1 Mei 2015

🌴AMALAN DI HARI JUMAAT SEBAGAI PENGHAPUS DOSA

عَن أبي هريرة رضي الله عنه ، عن رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((الصَّلَوَاتُ الخَمْسُ، وَالجُمُعَةُ إِلَى الجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّراتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الكَبَائِرُ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, dari RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: " Solat fardhu lima waktu, antara Jumaat hingga Jumaat berikutnya dan antara Ramadhan hingga Ramadhan seterusnya merupakan penghapus dosa antara tempoh tersbut selagi menjauhkan dosa-dosa besar." (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Setiap kewajipan agama mempunyai kelebihan tertentu bila dilaksanakan sebaiknya. Contoh: Solat lima waktu dapat menyucikan dosa ibarat seorang yang mandi/membersihkan diri lima kali sehari di sungai yang berada di pintu rumahnya (Mafhum HR Muttafaq 'alaih),
2. Di samping itu dengan kemurahan Allah Taala, ketaatan-ketaatan yang dilakukan turut menghapuskan dosa-dosa yang pernah dilakukan,
3. Walau bagaimanapun jika seseorang pernah melakukan dosa besar seperti  berzina, minum arak, berjudi, syirik (na'uzubilLah) dll ianya memerlukan kepada taubat nasuha (bersungguh-sungguh) barulah mendapat keampunan. Begitu juga jika pernah bersalah sesama manusia ianya memerlukan kepada mohon maaf dan minta halal terhadap dosa yang pernah dilakukan.

KELEBIHAN SIKAP TAWADHU'


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Sabtu
13 Rejab1436H
2 Mei 2015

🌷KELEBIHAN SIKAP TAWADHU'

عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زادَ اللهُ عَبْدًا بعَفْوٍ إلا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أحَدٌ للهِ إلا رَفَعَهُ اللهُ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sedekah itu tidak menjadikan harta semakin kurang, Allah tidak menambah kepada hamba yang memaafkan kecuali ketinggian dan tidaklah seorang itu tawadhu' (merendah diri) kerana Allah kecuali Allah mengangkat darjatnya." (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Tawadhu' adalah menzahirkan sikap merendah diri untuk menghormati orang lain. Ianya adalah sifat terpuji dalam Islam kerana menunjukkan kesucian jiwa yang cenderung untuk saling berkasih sayang dan tidak membezakan antara manusia disamping dapat mengukuhkan ikatan sesama mereka,
2. Tawadhu' turut dapat menghindarkan perasaan hasad dengki, busuk hati dan sifat membenci daripada hati manusia,
3. Orang yang sanggup merendah diri  akan diangkat darjatnya (dimuliakan) oleh Allah Ta'ala.

Very nicely written ߑ㊂y Ustaz Don Daniyal 7 Sunnah Hebat


Very nicely written 👳
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan Masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke Masjid, kerana Masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan Masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.👳 In shaa ALLAH.

BUKTI IMAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Ahad
14 Rejab1436H
3 Mei 2015

🌾BUKTI cKEIMANAN SEBENAR

عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ، فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia menghubungkan silaturahim. Dan Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah bertutur dengan perkataan yang baik atau diam sahaja." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

INTISARI HADITH
1. Keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat yang sebenar adalah keimanan yang dapat menyelamatkan manusia daripada azab neraka seterusnya berjaya memasuki syurga di Akhirat kelak,
2. Antara tanda keimanan sejati pada diri seseorang adalah dia sentiasa meraikan tetamu yang berkunjung, merapatkan hubungan silaturahim termasuk dan melazimi percakapan yang baik (kata-kata yang mendatangkan pahala dan menjauhi permusuhan),
3. Nabi صلى الله عليه وسلم turut menganjurkan agar mengenali hubungan nasab sebagaimana sabdanya (mafhum): "Ajarkanlah mereka tentang nasab (keturunan) kamu yang menyambungkan hubungan kasih sayang kerana silaturahim itu melengahkan ajal (panjang umur)."

PENERIMAAN HATI TERHADAP KEBAIKAN/KEJAHATAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Isnin
15 Rejab1436H
6 Mei 2015

💘PENERIMAAN HATI TERHADAP KEBAIKAN/KEJAHATAN

عن النَّوَاس بنِ سمعان رضي الله عنه قَالَ: سألتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم عن البِرِّ وَالإثم، فَقَالَ: ((البِرُّ: حُسنُ الخُلقِ، والإثمُ: مَا حاك في صدرِك، وكَرِهْتَ أن يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ)). رواه مسلم.

Dari An Nawas bin Sam'an رضي الله عنه melaporkan: saya bertanya kepada RasululLah صلى الله عليه وسلم tentang kebaikan dan kejahatan. Maka Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: "Kebaikan itu adalah akhlaq yang baik. Dan kejahatan itu apa yang menjadikan hati kamu resah dan kamu benci ianya diketahui oleh manusia." (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Kebaikan adalah ketaatan yang mendatangkan pahala sedangkan kejahatan pula adalah maksiat yang menyebabkan dosa kepada pelakunya,
2. Jika seseorang mempunyai akhlaq yang baik dia hanya cenderung untuk membuat kebajikan dan menghindarkan perkara yang mendatangkan dosa,
3. Hakikat orang yang melakukan dosa adalah hatinya tidak tenang dan malu jika perbuatan buruknya menjadi buah mulut orang. Ini kerana jiwa manusia (walaupun orang jahat) hanya suka kepada perkara terpuji dan bencikan perkara terkeji.

ߌ瓅TIAP AHLI SYURGA MEMPUNYAI LALUAN TERSENDIRI KE SYURGA


ߒЋEMULIAAN RAMADHAN
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Ahad
20 Sya'ban1436H
7 Jun 2015

🌷SETIAP AHLI SYURGA MEMPUNYAI LALUAN TERSENDIRI KE SYURGA

عن أَبي هريرة رضي الله عنه قال: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَنْ أنْفَقَ زَوْجَيْنِ في سَبِيلِ اللهِ نُودِيَ مِنْ أبْوَابِ الجَنَّةِ، يَا عَبْدَ اللهِ هَذَا خَيرٌ، فَمَنْ كَانَ مِنْ أهْلِ الصَّلاَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلاَةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أهْلِ الجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الجِهَادِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ)). قَالَ أَبُو بَكْرٍ رضي الله عنه: بِأبي أنْتَ وَأُمِّي يَا رسولَ اللهِ! مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الأَبْوَابِ مِنْ ضَرورةٍ، فهل يُدْعى أحَدٌ مِنْ تِلْكَ الأبوَابِ كُلِّهَا؟ فَقَالَ: ((نَعَمْ، وَأرْجُو أنْ تَكُونَ مِنْهُمْ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang membelanjakan sepasang ternakannya (seperti unta, lembu, kuda dll) pada jalan Allah dipanggil oleh pintu-pintu syurga (di Akhirat) dengan seruan: Wahai Hamba Allah, (syurga) ini terbagus untukmu. Barangsiapa yang memelihara solat dia akan dipanggil daripada pintu syurga (ganjaran) solat. Barangsiapa yang ahli jihad dia akan dipanggil daripada pintu syurga (ganjaran) jihad. Barangsiapa yang ahli puasa dia akan dipanggil daripada pintu syurga bernama Ar Rayyan (kepuasan). Barangsiapa yang merupakan ahli sedekah dia akan dipanggil daripada pintu syurga (ganjaran) sedekah." Saidina Abu Bakar As Siddiq رضي الله عنه bertanya: Demi ibu bapaku segalanya untukmu. Tidaklah terkena sebarang mudharat (kesusahan di Akhirat) bagi orang yang diseru oleh mana-mana pintu syurga itu. (Cuma) adakah sesiapa yang dipanggil oleh kesemua pintu itu? Baginda menjawab: "Ya, bahkan aku berharap agar engkau tergolong daripada mereka." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

PENGAJARAN
1. Orang yang melakukan perintah Syara'  sebaiknya seperti dengan menambah ibadah solat sunat, puasa sunat, sedekah sunat dan sebagainya bakal mendapat keistimewaan dengan melalui pintu-pintu syurga yang disediakan baginya (umpama laluan VVIP di dunia),
2. Islam mengiktiraf pengorbanan para Sahabat seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq RA dalam membantu dakwah RasululLah dengan memberi khabar gembira ganjaran yang bakal diperoleh di Akhirat,
3. Dibenarkan untuk memuji kebaikan seseorang kemudian mendoakan kepadanya agar beroleh rahmat dan nikmat Allah di dunia dan akhirat.

ߒЋEMULIAAN RAMADHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Isnin
21 Sya'ban1436H
8 Jun 2015

💐KEMULIAAN RAMADHAN

عنه رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ، فُتِحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila tibanya bulan Ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pula pintu-pintu neraka serta dibelenggu para syaitan." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

PENGAJARAN
1. Ramadhan merupakan bulan yang paling istimewa bagi mereka yang merebut kelebihannya,
2. Kata Imam Al Qurtubi: Jika ditanya kenapa masih berlaku juga kejahatan dan maksiat yang banyak sepanjang Ramadhan? Jawabnya: Orang berpuasa hanya terhindar dari kejahatan jika dia menjaga syarat sah puasa dan mengambil berat adab-adabnya. Ataupun yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan yang paling jahat sahaja bukan kesemuanya (yang bermaksud  mengurangkan kejahatan). Hal ini terbukti kerana tidak semestinya bila syaitan dibelenggu manusia tidak melakukan dosa. Ini kerana terdapat faktor lain yang mendorong  seperti hawa nafsu yang jahat, perangai buruk yang dibiasakan dan manusia berkelakuan buruk spt syaitan.

Diat


 selama tidak kurang dari tiga

5) Ia sangat berbeza dengan ketetapan yang telah ditetapkan di dalam Undang-undang Syariat dalam menyelesaikan kes ini. Dalam Islam, sebarang jenayah pembunuhan seakan-akan sengaja (Shibhu 'amd) tanpa niat, diwajibkan kepada penjenayah untuk membayar diyaat (Ganti rugi) kepada keluarga mangsa bukannya kerajaan.

6) Jika dibuka di dalam kitab-kitab fiqh seperti Fiqh Islam wa Adillatuh, Syeikh Wahbah Zuhaili menyebut bahawa diyaat yang dikenakan kepada jenayah pembunuhan tanpa niat (Dalam konteks kes ini) adalah diyaat mukhaffafah (Diyaat ringan), iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyaat.

7) Walaubagaimanapun para ulama’ berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:

a. Wang Emas – 1,000 dinar
b. Wang Perak – 10,000 dirham
c. Lembu – 200 ekor
d. Kambing – 2,000 ekor
e. Persalinan – 200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyaat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyaat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyaat penuh.

8 ) Cuba bayangkan jika di dalam kes ini yang menyebabkan kematian seramai 3 orang, maka penjenayah perlu membayar ganti rugi tersebut kepada waris mangsa dalam kadar 3 kali ganda daripada kadar diyaat asal iaitu dalam kiraan kasar adalah lebih kurang RM1.2 juta.

9) Disinilah dapat kita teliti rahmatnya undang-undang Syariah Islam berbanding undang-undang Sivil kerana ia bukan sahaja dapat menjatuhkan hukuman kepada penjenayah akan tetapi dapat membela waris mangsa dengan sewajarnya.

10) Akhirnya,Salam Takziah dari seluruh Pelajar Undang-Undang Kuliah Ahmad Ibrahim kepada seluruh keluarga yang terlibat. Semoga roh mereka dirahmati Allah. Al-Fatihah.

Ahmad Fadhli Umar bin Aminolhuda
President
Law Students' Society (Lawsoc Iium)

Copy n paste....

Untuk renungan ahli group dan peringatan kpd semua pengguna jln raya.

HINDARI SIFAT ZALIM DAN KEDEKUT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Selasa
16 Rejab1436H
7 Mei 2015

🌴HINDARI SIFAT ZALIM DAN KEDEKUT

وعن جابر رضي الله عنه: أن رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((اتَّقُوا الظُّلْمَ؛ فَإنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ القِيَامَةِ. وَاتَّقُوا الشُّحَّ؛ فَإِنَّ الشُّحَّ أهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ. حَمَلَهُمْ عَلَى أنْ سَفَكُوا دِمَاءهُمْ، وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Jabir رضي الله عنه bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Hindarkanlah sifat zalim kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari Kiamat dan jauhkanlah sifat bakhil kerana bakhil itu membinasakan umat terdahulu dengan mendorong mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara2 yang diharamkan." (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Jauhilah kezaliman (terutama bagi mereka yang berkuasa dan memegang tampuk pemerintahan) kerana ianya membawa kepada kesusahan kepada pelakunya di Akhirat,
2. Manusia juga perlu menjauhi sifat bakhil (kedekut) kerana ianya boleh menyebabkan pertelingkahan dan permusuhan yang merugikan mereka.

MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN TEMAN IBUBAPA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Rabu
17 Rejab1436H
6 Mei 2015

👴👵MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN TEMAN IBUBAPA

عن ابن عمر رضي الله عنهما: أن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إنّ أبَرَّ البرِّ أَنْ يَصِلَ الرَّجُلُ وُدَّ أبيهِ)). رواه مسلم

TERJEMAHAN
Dari Ibnu Umar رضي الله عنهما bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Kebaikan yang paling bagus adalah apabila seorang (anak) itu meneruskan hubungan kasih sayang dengan teman rapat bapanya (termasuk ibu)." (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Antara amalan paling baik untuk mengenang jasa ibubapa ialah seorang anak meneruskan hubungan baik dengan kawan baik ibubapanya selepas mereka meninggal dunia,
2. Islam mementingkan silaturahim (hubungan kasih sayang) yang berterusan sesama manusia terutama dengan seorang yang pernah rapat hubungannya dengan ibubapa yang telah tiada termasuk kaum kerabat, saudara mara, sahabaat handai dan sebagainya.

Telah berkata IMAM GHAZALI RH ...dalam kitab Tanbiihul Ghoofiliin tentang :


Telah berkata IMAM GHAZALI RH ...dalam kitab Tanbiihul Ghoofiliin tentang :
Sesiapa  sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:
1.من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.
2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.
3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.
4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه
4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.
5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح
5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.
6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.
7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات
7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.
8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع
8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.
Cuba kita renungkanlah dengan siapa kita  bersahabat......???

KELEBIHAN BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Khamis
18 Rejab1436H
7 Mei 2015

💕KELEBIHAN BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنّ الله تَعَالَى يقول يَوْمَ القِيَامَةِ: أيْنَ المُتَحَابُّونَ بِجَلالِي؟ اليَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لا ظِلَّ إلا ظِلِّي)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Bahawasanya Allah Taala menyeru pada hari Kiamat: Di manakah orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku menaungi mereka pada hari yang tiada lagi naugan kecuali naunganKu." (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Antara naluri semulajadi setiap manusia adalah perasaan ingin menyayangi dan disayangi,
2. Sifat berkasih sayang adalah penting kerana ianya menimbulkan keprihatinan dan sanggup bersusah payah demi mengambil berat kepada mereka yang dikasihi. Contoh: seorang ibu atau bapa sanggup berkorban apa sahaja demi kebaikan anak-anaknya
3. Walau bagaimanapun, sifat kasih sayang perlulah berasaskan cinta kepada Allah kerana ianya membimbing manusia kepada redha Allah dan memberikan keselamatan di Akhirat.

AZAB NERAKA YG PALING RINGAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Jumaat
19 Rejab1436H
8 Mei 2015

AZAB NERAKA YG PALING RINGAN NERAKA YG PALING RINGAN

عن النعمان بن بشير رضي الله عنهما، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إنَّ أهْوَنَ أهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ القِيَامَةِ لَرَجُلٌ يوضعُ في أخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَتَانِ يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ. مَا يَرَى أنَّ أَحَدًا أشَدُّ مِنْهُ عَذَابًا، وَأنَّهُ لأَهْوَنُهُمْ عَذَابًا)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

TERJEMAHAN
Dari An Nu'man bin Basyir رضي الله عنهما melaporkan: saya mendengar RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: " Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni Neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua bara api tersebut) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya". (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

INTISARI HADITH
1. Api neraka dan segala azab yang ada di dalamnya adalah sangat dahsyat dan tidak akan dapat mampu ditanggung oleh sesiapa pun hatta siksaan yang paling ringan sekali,
2. Oleh itu hindarkanlah azab neraka dengan iman yang mantap dan menggandakan amal soleh serta berdoa agar selamat di Akhirat,
3. Tanggungjawab untuk selamat daripada api neraka turut menjadi tugas kepada ketua keluarga iaitu para suami/bapa (rujuk Surah At Tahrim: ayat 6). Oleh itu mereka berperanan besar dalam mendidik keluarga supaya mentaati perintah Allah dan rasulNya.

MANUSIA BERPELUH DENGAN LUAR BIASA DI PADANG MAHSYAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Sabtu
20 Rejab1436H
9 Mei 2015

🍁MANUSIA BERPELUH DENGAN LUAR BIASA DI PADANG MAHSYAR

عن ابن عمر رضي الله عنهما: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((يَقُومُ النَّاس لِرَبِّ العَالَمينَ حَتَّى يَغِيبَ أحَدُهُمْ في رَشْحِهِ إِلَى أنْصَافِ أُذُنَيهِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
وَ ((الرَّشْحُ)): العَرَقُ.

TERJEMAHAN
Dari Ibnu Umar رضي الله عنهما: bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Manusia berdiri menghadap Tuhan sekelian alam (untuk dibicarakan amalan mereka di Mahsyar) sehingga ada di antara mereka yang tenggelam di dalam peluhnya sehingga ke paras telinga." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

INTISARI HADITH
1. Diriwayatkan dalam hadith yang lain sebab berpeluh yang luar biasa adalah kesesakan manusia sangat teruk dan kepanasan matahari yang terlalu hampir di atas kepala mereka,
2. Bahkan dikatakan neraka Jahannam terletak berhampiran dengan padang Mahsyar sehingga menyebabkan kepanasan yang dahsyat,
3. Manusia berpeluh mengikut amalan masing-masing  semasa hidup di dunia iaitu jika bekalan amal solehnya mencukupi dia akan selamat dari peluh yang luarbiasa (contoh: ada manusia yang mendapat naungan 'Arasy Allah). Sebaliknya bagi mereka yang penuh dengan noda dosa tanpa sempat bertaubat mereka akan tenggelam dalam peluh kerana ketakutan yang amat sangat (terhadap balasan azab yang bakal diterima).

ORANG YANG MENGESAKAN ALLAH PASTI MASUK SYURGA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Ahad
21 Rejab1436H
10 Mei 2015

🌾ORANG YANG MENGESAKAN ALLAH PASTI MASUK SYURGA

عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ شَهِدَ أنَّ لا إلهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وَأنَّ مُحَمدًا عَبْدهُ ورَسُولُهُ، وَأنَّ عِيسى عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ ألْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ ورُوحٌ مِنْهُ، وَأنَّ الجَنَّةَ حَقٌّ، وَالنَّارَ حَقٌّ، أدْخَلَهُ اللهُ الجَنَّةَ عَلَى مَا كَانَ مِنَ العَمَلِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

TERJEMAHAN
Dari 'Ubadah bin Al Samit رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Barangsiapa yang mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu baginya, bahawa Muhammad itu adalah hamba dan pesuruhNya, bahawa 'Isa adalah hamba Allah dan rasulNya serta kalimah yang dihantarkan kepada Maryam dan juga roh yang suci, bahawa syurga itu benar, neraka itu benar maka Allah memasukkannya ke dalam syurga sebagai balasan terhadap amalannya." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

INTISARI HADITH
1. Hadith ini merupakan berita gembira kepada ahli Tauhid (orang yang mengesakan Allah) akan memasuki syurga walaupun pada awalnya ada yang mendapat balasan neraka kerana dosa yang tidak sempat ia bertaubat,
2. Penghuni neraka ada yang kekal ialah mereka yang tidak pernah beriman dan menyengutukan Allah. Adapun orang Islam yang banyak berdosa dan tidak sempat bertaubat mereka turut diazab tetapi sementara shj,
3. Kita perlu berusaha dan berdoa agar selamat daripada azab neraka kerana ianya sangat dahsyat dan tidak akan mampu ditanggung walaupun sementara.

uia 1


Ustaz, apakah hukum menyambut hari ibu?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):

Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yg nak sambut silakan... siapa yg rasa takut rosak akidahnya, sebab raikan hari besar kristian ini... jgn sambut!

Betul ke hari ibu haram di sambut?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):

begitulah kata setengah ulamak.. Nabi saw ajar kita mengingati ibu sepanjang masa..

-Ustaz Azhar Idrus (Original): sebaiknya ikut cara islam yaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yg byk jasanya kpd kita, bukan setahun sekali..

-Ustaz Azhar Idrus (Original): hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam..kenapa kita mesti nak sambut juga? kenapa orang barat tak sambut awal muharram atau maulidur Rasul?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):
Maksud sabda nabi s.a.w:
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.
Para sahabat nabi bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?
Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )

PUASA SEBAGAI PELINDUNG DIRI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Sabtu
19 Sya'ban1436H
6 Jun 2015

☔PUASA SEBAGAI PELINDUNG DIRI

عن أَبي هريرة رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم:((قَالَ اللهُ- عز وجل:..وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ، فَإذَا كَانَ يَومُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلا يَرْفُثْ وَلا يَصْخَبْ، فإنْ سَابَّهُ أحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ: إنِّي صَائِمٌ...)) رواه مسلم

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم:"Firman Allah 'Azza wa Jalla (dalam hadith qudsi)... Puasa adalah perisai. Oleh itu pada hari yang seseorang kamu berpuasa maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata keji dan kesat. (Hatta) jika ada orang yang memaki hamun atau mengajaknya bergaduh maka hendaklah dia katakan:  Sesungguhnya aku sedang berpuasa..." (Mafhum HR Al Bukhari)

PENGAJARAN
1. Ibarat seorang tentera yang mempersiapkan diri dengan kelengkapan  menentang musuh, orang yang berpuasa adalah seorang yang melengkapkan dirinya dengan perisai yang dapat melindunginya daripada tipu daya hawa nafsu dan godaan syaitan yang jahat,
2. Kata Ibnu Al 'Arabi: Puasa merupakan perisai daripada azab neraka kerana orang yang berpuasa menahan diri daripada mengikut syahwat kerana neraka itu dihiasi oleh syahwat. Berkata Ibnu Hajar: Maka hasilnya jika seorang dapat menegah diri daripada mengikut telunjuk hawa nafsu di dunia, maka ia merupakan perisai daripada azab neraka di Akhirat.
3. Tiadalah kejayaan yang terbesar di Akhirat selain daripada selamat daripada neraka dan layak untuk menduduki syurga dengan segala kenikmatannya.

ISLAM AGAMA FITRAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Isnin
22 Rejab1436H
11 Mei 2015

🌹ISLAM AGAMA FITRAH

عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ النبي صلى الله عليه وسلم أُتِيَ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِهِ بِقَدَحَيْنِ مِنْ خَمْرٍ وَلَبَنٍ، فَنَظَرَ إِلَيْهمَا فَأَخَذَ اللَّبَنَ. فَقَالَ جِبريل: الحَمْدُ للهِ الَّذِي هَدَاكَ لِلفِطْرَةِ لَوْ أخَذْتَ الخَمْرَ غَوَتْ أُمَّتُكَ. رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم di hulurkan pada malam Isra' (dan Mikraj) dengan dua bejana yang salah satunya berisi minuman keras (arak) dan bejana yang lain berisi susu. Nabi melihat kepada keduanya lalu Nabi memilih susu (untuk diminum). Lalu Jibrail berkata: Segala puji bagi Allah yang menunjukkan engkau untuk memilih fitrah. Andai engkau memilih arak nescaya akan lintang pukanglah umatmu." (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Kata Imam An Nawawi: Ulama' mentafsirkan fitrah itu adalah Islam dan istiqamah (berada di atas jalan yang lurus),
2. Islam diibaratkan seperti susu (simbolik) yang bersih lagi suci, memuaskan peminumnya dan memberi kesan (khasiat) yang terbaik,
3. Sedangkan arak adalah ibu (punca) segala keburukan yang membawa kemusnahan kepada diri dan harta.

- APAKAH ORANG YANG SIBUK


🎀💕🎀💕🎀💕🎀💕🎀💕🎀💕🎀💕🎀💕

APAKAH ANDA ORANG YG SIBUK ???

Ada seorang ulama, berguru kepada seorang ulama. Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain, gurunya berpesan :

"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an, semakin banyak membaca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah"

Dan muridnya pun melakukan seperti yg dipesan. Dia mbaca Al Qur’an 3 juzuk sehari.

Kemudian dia menambah lagi hingga 10 juzuk sehari.

Dan urusannya semakin mudah.

Allah yang mengurus semua urusannya.

Waktu pun semakin berkah.

Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu? Bila kita dapat melakukan banyak perkara dalam waktu yang sedikit.

Itulah berkah Al Qur’an ***********************

Banyakkanlah membaca Al Quran. Jangan terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk... sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu kita, tapi Allah.

Secara teorinya, kita rasa bila kita banyak menghabiskan waktu membaca al Quran, bermakna kita terpaksa mengurangi kegiatan2 kita yang lain. Hakikatnya, ia bukan seperti yang kita fikirkan. Sebenarnya, lagi banyak kita baca al Quran, Allah akan membuatkan waktu kita menjadi berkah. 24jam yang kita miliki seolah-oleh terasa panjang. Paling utama, berkat al Quran yang kita baca ini.... pintu2 kebaikan akan dibuka...memberikan kita kesempatan untuk beramal soleh yang berikutnya... tanpa mengganggu kegiatan harian kita yang lain.

Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg difikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 jenis penyakit padanya :

1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah ada penghujung.
3. Keperluan yang tidak pernah puas.
4. Khayalan yang tidak ada akhirnya. [Hadits Riwyt Muslim]

~Hiduplah di dunia ini hanya dengan kenikmatan mencari redha Allah~

💕🎀💕🎀💕🎀💕🎀💕🎀💕🎀💕🎀💕🎀

umum 3


😡Media tidak akan memberitahu anda ??
Syarikat Nestle akur bahawa mereka menambah jus yang diekstrak daripada daging lembu dalam coklat Kitkat.
______________________
Media tidak pernah memaklumkan kepada anda ???
Bahawa dalam hal di Mahkamah Tinggi Chennai, telah memetuskan hahaha Syarikat Fair & Lovely bahawa krimnya yang mengandungi minyak dari lemak babi !!
______________________
Media tidak pernah memaklumkan kepada kita bahawa Vicks diharamkan di berapa negara di Eropah! Ia telah diisytiharkan sebagai racun perlahan! Tetapi di negara kita, TV telah mengiklankannya setiap hari !!
_____________________

Media tidak pernah memaklumkan kepada kita bahawa Lifebouy bukan sabun mandi ataupun sabun mandi! Tetapi ia
sabun Cabolic digunakan untuk haiwan mandi!
Eropah menggunakan Lifebouy untuk Anjing! Dan di negara kita berjuta-juta manusia menggunakannya !!
______________________

Media tidak pernah memaklumkan kepada kita! ???????????
Bahawa Coke, Pepsi sebenarnya adalah lebih kepada "pembersih tandas"! Ia telah membuktikan bahawa ia mengandungi 21 jenis racun yang berbeza! Dan penjualan itu adalah diharamkan di Kantin Parlimen India! Tetapi itu dijual di seluruh negara !!
____________________
Media tidak pernah memaklumkan kepada kita ????
Bahawa syarikat-syarikat asing menjual tonik kesihatan seperti Boost
Complan
Horlics
Maltova
Protin-ex, Telah diuji di Delhi di All India Institute (yang menempatkan makmal terbesar di India) dan didapati bahawa ia dibuat daripada sisa yang tinggal selepas minyak diekstrak daripada kacang tanah! Yang merupakan makanan untuk haiwan! Daripada sisa ini mereka membuat tonik kesihatan !!
______________________
Media tidak pernah memaklumkan kepada kita ??????
Apabila Amitabh Bachhan telah menjalani pembedahan di hospital selama 10 jam!
Doktor terpaksa memotong dan mengeluarkan usus besar !! dan doktor telah memberitahunya bahawa ia telah busuk kerana minum minuman ringan seperti Coke, Pepsi! Dan kemudian dia berhenti dari mengiklankan coke
pepsi!
______________________
Media adalah setia kepada pengiklan.
🔨🔨🔨🔨🔨🔨🔨🔨🔨
Banyak orang menikmati pizza hari ini.
Mari kita lihat kepada syarikat pizza.

"Pizza Hut,
Dominos,
KFC,
McDonalds,
Pizza Corner,
Papa John Pizza,
California Pizza Kitchen dan Sal's
Pizza "

Ini semua adalah syarikat America.

Nota: - Untuk membuat pizza lazat ...
E-631 Perisa Enhancer ditambah yang diperbuat daripada babi atau daging babi.

● Untuk perhatian kawan-kawan semua jika kod berikut dinyatakan pada pek makanan maka anda perlu tahu apa yang anda tidak sedar selama ini.

E 322 - Beef
E 422 - Alkohol
E 442 - Alkohol & Kimia
E 471 - Daging & Alkohol
E 476 - Alkohol
E 481 - Campuran daging lembu dan daging babi
E 627 - Kimia Berbahaya
E 472 - Campuran daging lembu & daging babi.
E 631 - Minyak diekstrak dari lemak babi.

● Nota - Anda akan dapati kod-kod ini kebanyakannya dalam produk syarikat-syarikat asing seperti: - Kerepek, Biskut, Mengunyah Gusi (Chewing Gums), Toffees, Kurkure dan Maggi!

● Jangan abaikan dan terlepas pandang demi untuk kesejahteraan anak-anak anda, jika ragu-ragu carilah sendiri melalui sumber anda jika tidak internet. (Google)

● lihat saja bahan Maggi pada pek, anda akan mendapati rasa (E-635).

● Juga buat carian kod berikut di Google: -

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.

Sila maklumkannya kepada keluarga dan kawan-kawan anda untuk menyebarkan kesedaran. Terima kasih.

PUASA: AMALAN YANG DISEMBUNYIKAN PAHALANYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Khamis
17 Sya'ban1436H
4 Jun 2015

🌴PUASA: AMALAN YANG DISEMBUNYIKAN PAHALANYA

عن أَبي هريرة رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يضاعَفُ، الحسنةُ بِعَشْرِ أمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ. قَالَ الله تَعَالَى: إِلا الصَّوْمَ فَإنَّهُ لِي وَأنَا أجْزِي بِهِ؛ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أجْلِي. للصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيحِ المِسْكِ)). رواه مسلم

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh anak Adam digandakan pahalanya sebanyak sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Ta'ala berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa adalah untukku dan Akulah yang memberikan ganjaran (yang tidak diketahui banyaknya). Ini kerana hambaku meninggalkan syahwatnya dan makan minumnya semata-mata kerana Aku. Bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan: 1) kegembiraan ketika iftar (berhari raya) dan 2) kegembiraan bila bertemu Tuhannya (di Akhirat). Dan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada kasturi (sejenis wangian)." (Mafhum HR Muslim)

PENGAJARAN
1. Ibadah puasa (sama ada wajib ataupun sunat) adalah sangat besar pahalanya sehingga tidak dinyatakan secara jelas oleh Allah Ta'ala,
2. Puasa yang paling bagus adalah dengan meninggalkan segala perangai/percakapan yang mendatangkan dosa dan sia-sia serta bersabar dengan kelakuan buruk yang dilakukan oleh manusia,
3. Orang berpuasa mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat. Contoh: bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada haruman kasturi.

AMALAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENAIKKAN DARJAT DI SISI ALLAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Jumaat
18 Sya'ban1436H
5 Jun 2015

🍃AMALAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENAIKKAN DARJAT DI SISI ALLAH

عن أَبي هريرة رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم:
((ألا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللهُ بِهِ الخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ؟)) قَالُوا: بَلَى، يَا رسولَ اللهِ، قَالَ: ((إِسْبَاغُ الوُضُوءِ عَلَى المَكَارِهِ، وَكَثْرَةُ الخُطَا إِلَى المَسَاجِدِ، وَانْتِظَارُ الصَّلاةِ بَعْدَ الصَّلاةِ فَذلِكُمُ الرِّبَاطُ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Mahukah kamu semua aku tunjukkan amalan yang Allah akan menghapuskan dengannya kesalahan-kesalahan (dosa) dan meninggikan kedudukan (di sisi Allah)?" Para Sahabat menjawab: Bahkan ya, wahai RasululLah. Baginda bersabda: "Sempurnakan wudhu' walaupun dalam keadaan susah, memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu solat berikutnya selepas satu solat didirikan. Maka itu merupakan pertahanan bagi kamu." (Mafhum HR Muslim)

PENGAJARAN
1. Orang yang sanggup menyempurnakan wudhu'nya walaupun dalam keadaan kesusahan seperti kesejukan air pada musim dingin merupakan tanda keimanan yang mantap kerana masih sanggup melaksanakan perintah Allah walaupun susah,
2. Setiap langkahan kaki menuju ke masjid mempunyai nilai di sisi Syara'. Oleh yang demikian semakin jauh seorang Mukmin melangkah ke masjid maka semakin besarlah ganjaran yang bakal diperoleh,
3. Orang yang sudah bersolat fardhu kemudian sanggup menunggu di masjid untuk solat fardhu berikutnya merupakan tanda kecintaannya terhadap perintah solat. Sepertimana Nabi menjadikan solat itu sebagai buah hati Baginda,
4. Mereka yang mempunyai ketiga-tiga perkara di atas telah mempunyai benteng yang kuat untuk menghadapi jihad melawan hawa nafsu/ syaitan yang merupakan antara jihad terbesar.

SABAR ITU GANJARANNYA SYURGA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَfةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Selasa
23 Rejab1436H
12 Mei 2015

🌻🌺SABAR ITU GANJARANNYA SYURGA

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((يَقُولُ اللهُ تَعَالَى: مَا لعَبدِي المُؤْمِنِ عِنْدِي جَزَاءٌ إِذَا قَبَضْتُ صَفِيَّهُ مِنْ أهْلِ الدُّنْيَا ثُمَّ احْتَسَبَهُ إلا الجَنَّةَ)). رواه البخاري.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه: bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Allah Ta'ala berfirman (dalam hadith qudsi): Tiadalah bagi hambaKu seorang Mukmin yang lebih baik ganjarannya apabila aku mengambil buah hatinya (orang kesayangan meninggal dunia) daripada penghuni dunia lalu dia bersabar melainkan balasannya syurga." (Mafhum HR Al Bukhari)

PENGAJARAN
1. Orang yang ditimpa musibah di dunia dengan kehilangan orang tersayang seperti anak, ibubapa, suami isteri dan sebagainya hendaklah bersabar dengan ketentuan Allah dan mengharapkan pahala dariNya,
2. Setiap ketentuan Allah yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya,
3. Ganjaran terbesar bagi orang yang mampu bersabar terhadap musibah yang melanda adalah syurga dengan segala kenikmatannya.

WASPADA PERSONA DUNIA DAN WANITA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Renungan Pagi Rabu
24 Rejab1436H
13 Mei 2015

🌾WASPADA PERSONA DUNIA DAN WANITA

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرةٌ، وإنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا فَيَنْظُرَ كَيفَ تَعْمَلُونَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاء؛ فإنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إسرائيلَ كَانَتْ في النِّسَاءِ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Said Al Khudri رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau (mempersonakan) dan bahawasanya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah (pentadbir) di atasnya maka Dia maha melihat bagaimana tindak tandukmu. Waspadalah terhadap dunia dan wanita (kerana) sesungguhnya fitnah pertama yang berlaku kepada umat Bani Israel berpunca daripada wanita." (Mafhum HR Muslim)

PENGAJARAN
1. Mencari habuan bukanlah suatu kesalahan asalkan mengikut Syariat dan tidak melalaikan daripada beribadat kepada Allah,
2. Kaum Hawa (isteri) adalah hiasan dunia yang menjadi dambaan setiap lelaki yang bergelar suami. Peranan isteri sepatutnya menyokong suami dalam melaksanakan amanah Allah kepadanya sebagai ketua keluarga, pemimpin masyarakat dan lain-lain,
3. Umat terdahulu dihancurkan oleh Allah kerana mereka menyalahgunakan nikmat kekayaan dunia dan wanita hingga terjadi pelbagai fitnah dan malapetaka.

DALAM MENEGUR KESILAPANُ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Khamis
25 Rejab1436H
14 Mei 2015

 DALAM MENEGUR KESILAPANُ

عن أَبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: أخذ الحسن بن علي رضي الله عنهما تَمْرَةً مِنْ تَمْر الصَّدَقَةِ فَجَعَلَهَا في فِيهِ، فَقَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلp: ((كَخْ كَخْ إرْمِ بِهَا، أَمَا عَلِمْتَ أنَّا لاَ نَأكُلُ الصَّدَقَةَ))!؟ مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: Saidina Al Hasan bin Ali (cucu RasululLah) telah mengambil sebiji tamar daripada tamar-tamar yang disedekahkan lalu ia memasukkannya ke dalam mulutnya. Maka Baginda صلى الله عليه وسلم menegur: "Luahkanlah tamar itu. Tidakkah kamu tahu bahawa kita (keluarga RasululLah) tidak dibolehkan memakan (menerima) sedekah." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Antara keunikan RasululLah adalah Baginda tidak menerima sedekah. Begitu juga dengan keluarga dan keturunan Baginda,
2. Walau bagaimanapun Baginda menerima pemberian lain dalam bentuk hadiah bahkan menggalakkan amalan saling memberi hadiah kerana boleh mengeratkan silaturahim,
3. Setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah ditegur dengan baik (berhikmah) hatta kepada kanak-kanak supaya teguran itu mudah diterima.

ߌ㍁LU ITU CABANG IMAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Ahad
28 Rejab1436H
17 Mei 2015

🌳MALU ITU CABANG IMAN

عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((الإيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً: فَأفْضَلُهَا قَوْلُ: لاَ إلهَ إِلا الله، وَأدْنَاهَا إمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ، وَالحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإيمَانِ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Iman itu mempunyai lebih 70 atau 60 cabang. Cabang yang terbaik adalah ucapan: لا إله إلا الله dan yang terbawah adalah membuang benda yang membahayakan di jalanan (seperti duri, batu, kayu dll). Dan malu itu adalah sebahagian daripada iman." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Iman adalah meliputi segala urusan agama yang bersifat aqidah (kepercayauan) di dalam hati, pertuturan lisan dan amalan luaran (tubuh badan),
2. Sifat malu adalah penting dalam Syara' kerana ia dapat memelihara manusia daripada terjerumus ke dalam kemurkaan Allah Ta'ala,
3. Ini terbukti apabila manusia malu untuk melakukan maksiat (sama ada meninggalkan kewajipan atau melakukan perkara yang haram) walaupun manusia yang lain tidak mengetahuinya kerana dia yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikannya dan pasti membalas segala amal perbuatannya.

ߌ郁RA AFDHAL MENJAWAB SALAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Isnin
29 Rejab1436H
18 Mei 2015

🌹CARA AFDHAL MENJAWAB SALAM

عن أَبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لَمَّا خَلَقَ اللهُ آدَمَ عليه السلام قَالَ: اذْهَبْ فَسَلِّمْ عَلَى أُولئِكَ- نَفَرٍ مِنَ المَلاَئِكَةِ جُلُوس- فَاسْتَمِعْ مَا يُحَيُّونَكَ؛ فَإنَّهَا تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيتِكَ من بعدك. فَقَالَ: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ، فقالوا: السَّلاَمُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللهِ، فَزَادُوهُ: وَرَحْمَةُ اللهِ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم sabdanya: "Tatkala Allah menjadikan Adam عليه السلام Ia berfirman: Pergilah dan ucapkan salam kepada mereka -sekumpulan Malaikat yang sedang duduk- lalu dengarkan bagaimana penghormatan mereka kepadamu (sebagai menjawab salam yg diberikan). Sesungguhnya salam itu satu penghormatan buatmu dan zuriatmu selepas ketiadaan kamu nanti. Lalu Adam mengucapkan: السلام عليكم. Maka para Malaikat menjawab dengan ucapan: السلام عليك ورحمة الله yang mana  mereka (Malaikat) menambah: ورحمة الله. (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) Dalam riwayat yang lain disebutkan: وعليك السلام ورحمة الله.

PENGAJARAN
1. Amalan memberi salam adalah mulia kerana mendoakan kesejahteraan sesama Muslimin disamping dapat mengeratkan silaturahim,
2. Disunatkan untuk menjawab salam dengan lebih panjang. Contoh: Jika salam diberi dengan: السلام عليكم ورحمة الله. Maka dijawab dengan: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته,
3. Islam adalah agama yang mempromosikan kesejahteraaan dan kasih sayang sesama umat.

umum ....


[11:02am, 5/19/2015] ‪+60 12-984 3229‬: Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

💞 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah.

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad sa, pernah bersabda;

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona D'Zahrah
IKIMfm.
[4:14pm, 5/20/2015] ‪+60 19-342 1535‬: Memandangkan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

1. HENTIKAN semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!

2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.

3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.

4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.

5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.

6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.

7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).

8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.

9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.

10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.
* Ini adalah pandangan pakar petir, Hartono Zainal Abidin
[8:50am, 5/27/2015] Ustaz Nazri: Tadarruj (berperingkat) dlm perlaksanaan hudud.

kita perlu akui kewajiban melaksanakan syariat Allah s.w.t tanpa kita merendahkan mereka yg berusaha sedaya mampu utk melaksanakan perintah tersebut. saya yakin dan thiqah dengan ulama amilin dlm jemaah PAS yg ikhlas memperjuangkan syariat islam umumnya dan hudud khususnya di negara kita tercinta.

saya yakin, seandainya semua pihak memberi peluang utk PAS menerangkan tentang hudud dengan lebih mendalam, sudah pasti suara-suara sumbang yg cuba menggagalkan usaha mentaqnin (mengaktakan) hudud akan berkurangan.

bila saya baca tulisan syeikh qardhawi dan beberapa ulama lain berkenaan hudud, ada satu perkara yg kita perlu teliti. perbezaan antara "taqnin" (akta) dan "tanfiz" (perlaksanaan).

kalau cerita zaman umar dulu menangguhkan hudud, waktu itu sudah ditaqninkan hukuman hudud, yg ditangguh oleh umar adalah "tanfiz" disebabkan masalah-masalah yg melanda umat islam ketika itu. ada pun taqnin merupakan batu asas, tanpa akta maka mustahil utk tanfiz (perlaksanaan).

kita perlu ingat, mustahil sejumlah ulama' yg ramai mengeluarkan fatwa yg sesat dan berkepentingan politik. nabi bersabda, "tidak berkumpul umat ku dlm kesesatan" au kama qaal. jadi, jgn bermudah-mudah dlm menghukum ulama' tersebut hanya menggunakan hudud utk kepentingan politik. moga kita semua dikurniakan hidayah dan dipertemukan dgn ramadhan.

HAZWAN FAISAL
27/5/2015
[6:28pm, 6/2/2015] ‪+60 19-931 4378‬: TIDUR

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

👉Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

👉Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

👉Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

👉Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

Wallahualam.

hadisߌLURI MUKMIN TIDAK PERNAH PUAS DENGAN KEBAIKAN

NEKAD BUAT MAKSIAT TETAP السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Rabu
2 Sya'ban1436H
20 Mei 2015

🌾NALURI MUKMIN TIDAK PERNAH PUAS DENGAN KEBAIKAN

عن أَبي سعيدٍ الخدري رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لَنْ يَشْبَعَ مُؤْمِنٌ مِنْ خَيْرٍ حَتَّى يَكُونَ مُنْتَهَاهُ الجَنَّةَ)). رواه الترمذي وقال: (حديث حسن).

TERJEMAHAN
Dari Abu Sa'id Al Khudri رضي الله عنه dari RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Orang Mukmin tidak akan puas dengan kebaikan sehinggalah yang menjadi penyudah baginya adalah syurga." (Mafhum HR At Tirmidzi)

PENGAJARAN
1. Kebaikan adalah setiap perkara yang mendekatkan diri kepada Allah Taala (dengan mendapat ganjaran pahala) dan sebaik2 kebaikan adalah mendalami ilmu agama,
2. Dalam setengah athar menyatakan: Dua golongan yang tidak pernah merasa puas dan mereka sangat berbeza: i) golongan penuntut ilmu, ii) golongan pemburu (habuan) dunia.

hadis.NEKAD BUAT MAKSIAT TETAP BERDOSrrA


السَّلاَمُNEKAD BUAT MAKSIAT TETAP BERDOSrrA عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Khamis
3 Sya'ban1436H
21 Mei 2015

🔥NEKAD BUAT MAKSIAT TETAP BERDOSrrA
pp
عن أبي بَكرَةَ نُفيع بنِ الحارثِ الثقفيِّ رضي الله عنه أَنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إِذَا التَقَى المُسلِمَان بسَيْفَيهِمَا فالقَاتِلُ وَالمَقْتُولُ في النّارِ)). قُلتُ: يا رَسُولَ اللهِ، هذا القَاتِلُ فَمَا بَالُ المقْتُولِ؟ قَالَ: ((إنَّهُ كَانَ حَريصًا عَلَى قتلِ صَاحِبهِ)). مُتَّفَقٌ عليهِ.

Dari Abu Bakrah Nufai' bin Al Harith Al Thaqafi رضي الله عنه bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila dua orang Muslim bertembung dengan dua pedang mereka (untuk saling berbunuhan) maka pembunuh dan yang dibunuh masuk neraka." Aku bertanya: Wahai RasululLah, pembunuh itu memang patut (masuk neraka) tetapi apa gerangan yang dibunuh (pun masuk neraka)? Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: "Yang dibunuh itu (turut masuk neraka) kerana dia nekad untuk membunuh kawannya." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Haram membunuh sesama Muslim jika tidak ada sebab yang dibenarkan Syara' seperti qisas (bunuh balas bunuh), penzina yang muhsan (telah berkahwin) dan murtad,
2. Ulama' berpendapat bahawa balasan buruk (azab neraka) tetap dikenakan kepada orang yang nekad untuk melakukan maksiat walaupun dia tidak sempat melakukannya atas faktor tertentu.

hadisBEBERAPA TIPS UNTUK MERAIH SYURGA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِl وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Jumaat
4 Sya'ban1436H
22 Mei 2015

🌿BEBERAPA TIPS UNTUK MERAIH SYURGA

عن أبي أُمَامَةَ صُدَيّ بنِ عجلانَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعتُ رسولَ الله صلىa الله عليه وسلم يَخْطُبُ في حجةِ الوداعِ، فَقَالَ: ((اتَّقُوا الله وَصلُّوا خَمْسَكُمْ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ، وَأَدُّوا زَكاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيعُوا أُمَرَاءكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ)). رواه الترمذي، في آخر كتابِ الصلاةِ، وَقالَ: (حديث حسن صحيح).

Dari Abu Umamah Suday bin 'Ajlan Al Bahili رضي الله عنه melaporkan: saya mendengar RasululLah صلى الله عليه وسلم berkhutbah semasa Haji Wada' (Perpisahan) dengan sabdanya: "Bertaqwalah kepada Allah dan solatlah lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan (Ramadhan) kamu, tunaikanlah zakat harta kamu dan patuhilah pemimpin-pemimpin kamu nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu." (Mafhum HR At Tirmidzi dalam penutup kitab solat, katanya ini hadith hasan sahih.

PENGAJARAN
1. Tips untuk masuk syurga dimulakan dengan taqwa kerana secara amnya ia merupakan tonggak kepada faktor melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan agama,
2. Kemudian dituruti dengan perintah khusus seperti solat, zakat dll supaya setiap Muslim memandang serius tentang kewajipan agama,
3. Mematuhi arahan pemerintah adalah wajib selagi ianya tidak bercanggah dengan kehendak Syara', والله أعلم.

JANGAN BUANG BIJI KURMA! السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sahabat pencinta Makanan Sunnah! Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam. Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR. Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia. Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari. Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi Jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul. Cara cara memproses biji kurma; Basuh biji kurma dan tos kering Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi! Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras)  Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA Kebaikannya?  1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum 2) Seperti dikongsi sahabat baik saya, Fadillah Nur beliau menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut 3) Digunakan sebagai scrub badan (saya akan kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain) . Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe! 4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ  akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!! Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan ba



JANGAN BUANG BIJI KURMA!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sahabat pencinta Makanan Sunnah!

Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam.

Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.

Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.

Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.

Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi

Jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.

Cara cara memproses biji kurma;

Basuh biji kurma dan tos kering
Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras)
Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama

Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA

Kebaikannya?

1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum

2) Seperti dikongsi sahabat baik saya, Fadillah Nur beliau menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut

3) Digunakan sebagai scrub badan (saya akan kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain) . Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!

4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ  akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!

Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia

Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sahabat pencinta Makanan Sunnah!

Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam.

Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.

Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.

Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.

Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi

Jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.

Cara cara memproses biji kurma;

Basuh biji kurma dan tos kering
Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras)
Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama

Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA

Kebaikannya?

1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum

2) Seperti dikongsi sahabat baik saya, Fadillah Nur beliau menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut

3) Digunakan sebagai scrub badan (saya akan kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain) . Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!

4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ  akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!

Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia

Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH

Khasiat Stevia


Khasiat Stevia

1. Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
2. Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.
3. Melawaskan pembuangan air kencing.
4. Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
5. Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
6. Membantu sistem penghadaman makanan.
7. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
8. Berupaya mengawal berat badan (Obesiti).
9. Mengurangkan masalah keradangan.

LARANGAN MEMUSUHI WALI ALLAH DAN MENGGANGGU ULAMA


LARANGAN MEMUSUHI WALI ALLAH DAN MENGGANGGU ULAMA

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anh, beliau berkata : Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa Sallam ;

“Sesungguhnya Allah ta’ala telah berfirman: ‘Barang siapa memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya Aku menyatakan perang terhadapnya".  (al-Bukhari)

Imam Nawawi rohimahullah menjelaskan: “Barangsiapa menyakiti seorang mukmin maka sungguh Allah mengumumkan padanya bahawa Dia akan memeranginya. Apabila Allah ta’ala memerangi seorang hamba maka Dia akan membinasakannya. Kerana itu hendaklah seseorang berhati-hati dari melanggar kehormatan setiap muslim.”

Imam Ibnu Rojab Al-Hanbali rohimahullah menjelaskan: “Maksud dari firman Allah dalam hadis Qudsi diatas ialah;" sungguh Aku (Allah) umumkan padanya bahawa Aku akan memeranginya kerana dia memerangi Aku dengan memusuhi wali-wali-Ku (orang-orang mukmin). Wali-wali Allah wajib mendapatkan kesetiaan dan haram dimusuhi sebagaimana musuh-musuh Allah wajib mendapatkan permusuhan dan haram mendapatkan kesetiaan.”

Dari penjelasan dua ulama salaf ini dapat kita simpulkan bahwa siapa saja yang memusuhi dan menampakkan permusuhan terhadap orang-orang mukmin yang bertakwa yaitu orang-orang yang berusaha sekuat tenaga untuk melaksanakan syari’at Allah dalam kehidupan mereka sehari-hari, dengan menjadikan hukum Islam sebagai aturan hidup dalam mengatur kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat, dan negaranya serta menjauhi dan meninggalkan semua aturan hidup yang bertentangan dengan syari’at Allah kerana semua aturan hidup yang bertentangan dengan syari’at Allah pasti mengajak pada perbuatan dosa maka ketahuilah sesungguhnya Allah telah mengumumkan perang pada mereka.

Berkata Al-Imam Ibnul Mubarak –rahimahullah- : “Siapa yang menghina ulama, akan hilang akhiratnya".

Al-Qadhi Az-Zubaidi, ketika dia meninggal dunia lidahnya berubah menjadi hitam, hal ini dikeranakan dia suka mencela dan mengumpat Al-Imam An-Nawawi.

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal –rahimahullah- : “Daging para ulama itu beracun. Siapa yang menciumnya maka dia akan sakit. Siapa yang memakannya maka dia akan mati.”

Ini adalah kerana mengumpat itu diibaratkan oleh al-Quran sebagai memakan daging orang yang diumpatnya, sebagaimana firman Allah " Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.” (Al-Hujurat:12)

Maka hendaklah berwaspada bagi mereka yang ingin memperkatakan sesuatu kepada ulama kerana dikhuatiri dia membinasakan agama dan akhiratnya sendiri.
Na'uzubillah min zalik.

Ramadhan Karim


[7:29am, 5/31/2015] ‪+60 13-207 9075‬: Mari kita ambil pengajaran hadis ini.

وعن أبي هريرة رضي اللَّه عنه عن النبي صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال : « سبْعَةٌ يُظِلُّهُم اللَّه في ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ : إِمامٌ عادِلٌ ، وَشَابٌ نَشَأَ في عِبَادَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجلَّ ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مَعلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ ورَجُلان تَحَابَّا في اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ، ورَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ ، فقال : إِنِّي أَخافُ اللَّه ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بصَدَقَةٍ ، فَأَخْفَاهَا حَتَّى لا تَعْلَمَ شِمَالُهُ ما تُنْفِقُ يَمِينُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِياً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ » متفقٌ عليه .

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.  sabdanya: "Ada tujuh golongan manusia yang akan dapat diberi naungan oleh Allah    pada  hari yang tiada naungan melainkan naunganNya iaitu: imam - pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam beribadat kepada Allah Azza wa jalla, seseorang yang hatinya tergantung kepada masjid-masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah serta berpisah pun demikian pula, seseorang Ielaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah,  lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," - ataupun sebaliknya seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang ingat kepada Allah dalam keadaan bersendirian lalu mengalir air matanya kerana takut kepada Allah.
( Mutafakun Alaih)
[7:29am, 5/31/2015] ‪+60 13-207 9075‬: 🌷 tips persediaan sblm puasa🌷

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Tajuk ' Ramadhan Pesta. Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah '

-Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan
-Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr  8 jam

Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan

🌺🍀🌺🍀🌺🍀🌺
[10:14pm, 6/1/2015] ‪+60 19-386 9356‬: Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "siapakah yg paling luar biasa imannya?"          Para sahabat menjawab, "malaikat,ya Rasulullah."          Balas Rasulullah, "sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."          Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, "para nabi,ya Rasulullah."          Rasulullah berkata, "para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."          Para sahabat mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang paling beriman."          Jawab Rasulullah, "aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."          Lalu, salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui."          Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."          Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "sesungguhnya, aku rindukan mereka...          اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ          Hantar ke semua group contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.