TIDAK BERLEBIHAN DALAM GELAK KETAWA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Isnin 18 Safar 1437 30 November 2015 🌺 عن عائشة رضي الله عنها قالت: مَا رَأيْتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم مُسْتَجْمِعًا قَطُّ ضَاحِكًا حَتَّى تُرَى مِنهُ لَهَوَاتُهُ إنَّمَا كَانَ يَتَبَسَّمُ. متفقٌ عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari 'Aisyah رضي الله عنها melaporkan: saya tidak pernah melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم berlebihan dalam ketawa hingga menampakkan anak tekak. Sesungguhnya baginda hanya senyum (jika ada sesuatu yang menggelikan hati baginda). (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Senyum dan ketawa adalah tanda kegembiraan hati yang merupakan lumrah dalam kehidupan manusia, 2. Namun dalam bergelak ketawa janganlah terlalu berlebihan (terbahak-bahak) kerana ianya boleh menghilangkan ketenangan di dalam hati dan menjejaskan maruah diri.

JANGAN GUNA BEKAS YANG DIBUAT DARIPADA EMAS DAN PERAK UNTUK MAKAN/MINUM

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Ahad 17 Safar 1437 29 November 2015 ☕🍲 عن أُمِّ سلمة رضي الله عنها: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((الَّذِي يَشْرَبُ في آنِيَةِ الفِضَّةِ، إنَّمَا يُجَرْجِرُ في بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ)). متفقٌ عَلَيْهِ. وفي رواية لمسلم: ((إنَّ الَّذِي يَأكُلُ أَوْ يَشْرَبُ في آنِيَةِ الفِضَّةِ وَالذَّهَبِ)). وفي رواية لَهُ: ((مَنْ شَرِبَ في إناءٍ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ فِضَّةٍ، فَإنَّمَا يُجَرْجِرُ في بَطْنِهِ نَارًا مِنْ جَهَنَّم)). TERJEMAHAN Dari Ummu Salamah رضي الله عنها, bahawasanya Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda: "Orang yang minum di dalam bekas yang dibuat daripada perak sesungguhnya dia menuangkan ke dalam perutnya dengan api neraka jahanam. (Mafhum HR Muttafaq 'alaih). Dalam riwayat Imam Muslim Nabi bersabda: "Sesungguhnya orang yang makan atau minum dalam bekas emas dan perak." Dalam riwayat baginya Nabi bersabda: "Barangsiapa yang minum dalam bekas yang dibuat daripada emas atau perak, maka sesungguhnya dia menuang ke dalam perutnya api dari neraka jahanam." PENGAJARAN 1. Ulama' bersepakat bahawa menggunakan peralatan yang diperbuat daripada emas dan perak seperti pinggan, mangkuk, gelas, sudu, garfu, piring dan sebagainya untuk makan dan minum adalah haram, 2. Hadith ini merupakan peringatan keras supaya kita tidak menjadikan harta seperti emas dan perak untuk berpoya-poya dan menunjuk-nunjuk, 3. Sebaliknya segala nikmat kurniaan Allah perlulah digunakan untuk tujuan kebaikan seperti membantu orang susah, membaiki jalan yang rosak, menta'mirkan masjid dan madrasah, menolong orang yang berjihad fisabilillah, mencukupkan belanja orang yang ingin berkahwin, menampung orang yang membayar hutang dan sebagainya.

TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG DI BAWAH

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Jumaat 15 Safar 1437 27 November 2015 عن أَبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((اليَدُ العُلْيَا خَيْرٌ مِنَ اليَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأ بِمَنْ تَعُولُ، وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنىً، وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللهُ، وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ)). رواه البخاري. TERJEMAHAN Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tangan yang (memberi) di atas adalah lebih baik daripada tangan yang (meminta) di bawah. Dan mulakanlah infaq dengan nafkah mereka yang di bawah tanggungan. Sebaik-baik sedekah adalah yang datang daripada lebihan harta. Barangsiapa yang menahan diri (daripada meminta-minta) Allah akan menjaga maruahnya dan barangsiapa yang meminta Allah mencukupkan rezekinya maka Allah akan mencukupkannya." (Mafhum HR Al Bukhari) PENGAJARAN 1. Islam menggalakkan sifat dermawan kerana ianya merupakan bukti keprihatinan terhadap kesusahan orang lain, 2. Seseorang perlu memastikan nafkah yang wajib untuk diri dan keluarga mencukupi sebelum bersedekah kepada orang lain, 3. Para hartawan perlu memainkan peranan dalam mengatasi isu kemiskinan dalam masyarakat dengan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, 4. Sikap menahan diri daripada meminta-minta adalah terpuji untuk menjaga maruah diri. Disamping itu perlu banyak bergantung kepada Allah dalam berusaha mencari rezeki kurniaanNya

musafir

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️ assalamu alaikum ustazah.  🅰nak bertanya sedikit tentang bermusafir / solat jamak. 1. seseorang wanita tidak dibenarkan bermusafir tanpa mahram. 🅰Bagaimana pula...  ☎️a. contoh.. dari JB ke KL - dan abangnya sekeluarga tinggal diKuala LUmpur.. boleh tak dia pergi?  ☎️b. sekiranya boleh, mestikah dia menginap dirumah abangnya atau dia boleh menginap di hotel? ☎️c. sekiranya dia seorang ibu tunggal dan terpaksa bermusafir demi tugas? ☎️d. bagaimana pula dengan solat .. boleh tak dia bersolat jamak & qasar? Terima kasih. Jawapan Waalaikumsalam ✅ Hukum asal Islam ➡️melarang wanita bermusafir tanpa mahram..,tetapi menurut mazhab Syafie.. 👉hukum tersebut boleh berubah menjadi harus mengikut adat dan uruf sesuatu tempat.. ➡️ Maka Harus bagi wanita bermusafir tanpa mahram dgn syarat... 👉 Mendapat keizinan drpd wali atau suaminya 👉 pekerjaan yg dilakukan diharuskan olh syarak 👉 hendaklah menjaga adab dan peraturan yg ditetapkan olh syarak 👉 pekerjaan tersebut tidak menyebabkan dia mengabaikn tanggungjwb terhadap suami dan anak2 👉 tidak bertentangan dgn fitrah wanita 👉 tidak berlaku pergaulan bebas ➡️Jika dia hendak menziarahi keluarga .. 👉maka ia harus jika dibenarkan olh suami atau walinya . ➡️ Dia juga bebas memilih tempat penginapan semasa dia bermusafir . 👉Asalkan dia menjaga adab dan peraturan syarak. ➡️ seorang ibu tunggal yg terpaksa bermusafir demi tugas., 👉 adalah diharuskan kerana termasuk dalam uzur syarie ➡️ Jika dia mematuhi semua syarat2 di atas .. 👉maka dia diharuskan solat jamak dan qasar. USRH SOLAT DAN QA AGAMA 📝by: @Asmahan_Hurzaid 📮by: azyan

ߌ釁NJARAN TIDAK MELEPASKAN KEMARAHAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Sabtu 16 Safar 1437 28 November 2015 عن معاذِ بنِ أَنسٍ رضي الله عنه أنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم، قَالَ: ((مَنْ كَظَمَ غَيظًا، وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أنْ يُنْفِذَهُ، دَعَاهُ اللهُ سُبحَانَهُ وَتَعَالى عَلَى رُؤُوسِ الخَلائِقِ يَومَ القِيامَةِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ مِنَ الحُورِ العِينِ مَا شَاءَ)). رواه أَبو داود والترمذي، وَقالَ: (حديث حسن). TERJEMAHAN Dari Mu'az bin Anas رضي الله عنه bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang menahan kemarahan sedangkan dia berupaya untuk melepaskan kemarahannya itu nanti di hari Kiamat dia akan dipanggil di khalayak makhluk sehingga diberi (kelebihan) untuk memilih mana-mana bidadari yang disukainya." (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi, katanya hadith hasan) PENGAJARAN 1. Adalah menjadi lumrah kehidupan setiap orang biasa menghadapi situasi yang boleh menimbulkan kemarahannya, 2. Syara' menggalakkan umatnya agar dapat menahan diri daripada melepaskan kemarahan bahkan memuji tindakan tersebut. Contoh dalam surah Ali Imran, ayat 134 (yang bermaksud): "...Dan orang-orang yang menahan kemarahan dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah amat mengasihi orang yang berbuat baik." 3. Ganjaran istimewa menanti bagi golongan ini kerana dia menahan marah kerana mengharapkan redha Allah bukannya kerana takut terhadap sesama manusia (bacul).

Menyesal Tidak Mengetahuinya Dari Dulu, Ini 7 Rahasia

Mendidik Anak 7 Rahasia Mendidik Anak dari Ustdz Farid Ahmad! 1. Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Coba tunjuk burung atau awan di atas langit agar ia melihatnya, ia akan terdiam. Karena psikologis manusia saat menangis, adalah menunduk. 2. Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Ayo, sudah mainnya, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Mainnya 5 menit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua menit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan: “Ayo, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain. 3. Jika engkau berada di hadapan sekumpulan anak-anak dalam sebuah tempat, yang mereka berisik dan gaduh, dan engkau ingin memperingatkan mereka, maka katakanlah: “Ayoo.. Siapa yang mau mendengar cerita saya, angkat tangannya..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam. 4. Katakan kepada anak-anak menjelang tidur: “Ayo tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Ayo tidur, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak sholat subuh karena perhatiannya adalah dunia. 5. Nikmati masa kecil anak-anakmu, karena waktu akan berlalu sangat cepat. Kepolosan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, becandalah bersama mereka. Jadilah anak kecil saat bersama mereka, ajarkan mereka dengan cara yang menyenangkan sambil bermain. 6. Tinggalkan HP sesaat kalau bisa, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelpon, katakan: “Maaf saaay, saat ini aku sedang sibuk mendampingi anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya kepribadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak. 7. Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah, agar anak-anak kita menjadi perhiasan yang menyenangkan, baik di dunia maupun di akhirat.

JIKA ANDA DIJEMPUT UTK PULANG KE RAHMATULLAH KETIKA INI, DIMANAKAH ANDA

🌻: ======================================= 1.🌻Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga. 2.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya. 3.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat. 4.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu. 5.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T. 6.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu. 7.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia. 8.🌻 Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat. 9.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim. 10.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua. 11.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak. 12.🌻 Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah. Sekarang Anda mempunyai ② (dua) pilihan; ①. Biarkan Tulisan ini berada di PAGE ini, dan orang lain tidak membaca. ②. Menyebarkan ke-teman anda yang lain Insya Allah anda mendapat PAHALA. ‘‘...Undzur ma Qaala, Wala Tandzur man Qaala...’’ Sebar sebarkan........ #AllahuAkbar

ghadrah : penipu

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Rabu 13 Safar 1437 25 November 2015
 عن ابن مسعودٍ، وابن عمر، وأنس رضي الله عنهم قالوا: قَالَ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم: ((لِكُلِّ غادِرٍ لِواءٌ يَوْمَ القِيَامَةِ، يُقَالُ: هذِهِ غَدْرَةُ فلانٍ)). متفق عَلَيْهِ.
 TERJEMAHAN Dari Ibnu Mas'ud, Ibnu 'Umar dan Anas رضي الله عنهم melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Setiap penipu akan mempunyai panji (bendera) pada hari Kiamat, lalu dikatakan: Inilah pengkhianatan yang dilakukan oleh si fulan." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Mengkhianati sesuatu yang diamanahkan adalah haram kerana perbuatan tersebut akan memberikan kemudaratan kepada orang lain, 2. Kata Ibnu Kathir: Hikmah diletakkan panji di pundak (belakang) orang yang khianat adalah walaupun pengkhianatan dilakukan secara sulit kerana kelicikkannya (sehingga tidak diketahui manusia), pada hari kiamat nanti ianya akan pasti terbongkar kepada orang yang pernah dikhianatinya. Ini merupakan satu penghinaan oleh Allah kepada orang yang khianat di tengah khalayak ramai (di padang mahsyar untuk memalukannya).

PANDUAN UNTUK MERAIH SYURGA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Khamis 14 Safar 1437 26 November 2015 🌾 عن أبي أُمَامَةَ صُدَيّ بنِ عجلانَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يَخْطُبُ في حجةِ الوداعِ، فَقَالَ: ((اتَّقُوا الله وَصلُّوا خَمْسَكُمْ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ، وَأَدُّوا زَكاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيعُوا أُمَرَاءكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ)). رواه الترمذي، في آخر كتابِ الصلاةِ، وَقالَ: (حديث حسن صحيح). TERJEMAHAN Dari Abu Umamah Suday bin 'Ajlan Al Bahily رضي الله عنه melaporkan: saya mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkhutbah semasa haji perpisahan dengan sabda Baginda: "Bertaqwalah kepada Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadan, tunaikanlah zakat harta kamu dan patuhlah kepada pimpinan kamu nescaya kamu akan masuk syurga (yang disediakan) Tuhanmu." (Mafhum HR At Tirmidzi) PENGAJARAN 1. Adalah menjadi idaman setiap Muslim untuk meraih syurga di Akhirat nanti, 2. Namun untuk mendapatkan syurga perlulah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah iaitu dimulakan dengan taqwa yang merupakan perkara asas. Kemudian diikuti dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya, 3. Ketaatan kepada pimpinan adalah wajib selagi pemimpin tidak menyuruh kepada perkara yang berlawanan dengan perintah Allah dan RasulNya.

Tunjuk

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Renungan Pagi Sabtu 3 Safar 1437 14 November 2015 👍 عن أَبي عمرو جرير بن عبد الله رضي الله عنه قَالَ: َقَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ سَنَّ في الإسلامِ سنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أجْرُهَا، وَأجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدَهُ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورهمْ شَيءٌ، وَمَنْ سَنَّ في الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيهِ وِزْرُهَا، وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أوْزَارِهمْ شَيءٌ)). رواه مسلم. Dari Abu Amr Jarir bin Abdullah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Sesiapa yang menunjukkan di dalam Islam contoh ikutan yang baik, maka baginya (dua bentuk pahala iaitu) pahala atas amalan tersebut dan pahala orang yang mengikutinya selepas itu tanpa dikurangkan sedikitpun pahalanya. (Begitu juga) sesiapa yang menunjukkan dalam Islam contoh ikutan yang buruk, maka baginya (dua bentuk dosa iaitu) dosa melakukan kesalahan itu dan dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurang walau sedikitpun dosanya." (Mafhum HR Muslim) PENGAJARAN 1. Sebelum melakukan sesuatu perkara kita mestilah berfikir panjang sama ada perkara itu mendatangkan pahala atau dosa dan adakah ada sesiapa yg akan mengikut melakukan hal yang sama, 2. Perkara asas agama seperti solat, membaca al Quran, menutup aurat dll hendaklah diajarkan sendiri oleh ibubapa kepada anak-anak agar mereka mendapat pahala berpanjangan. Begitu juga jangan melakukan sebarang perkara yang buruk di hadapan anak-anak supaya mereka tidak mengikutinya, 3. Beruntunglah mereka yang suka memberi nasihat dengan mendapat ganjaran yang besar kerana nasihat mereka itu menjadi ikutan.

makan

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Ahad 4 Safar 1437 15 November 2015 🍲 عن ابن عباس رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((البَرَكَةُ تَنْزِلُ وَسَطَ الطعَامِ؛ فَكُلُوا مِنْ حَافَتَيْهِ، وَلا تَأكُلُوا مِنْ وَسَطِهِ)). رواه أَبُو داود والترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحيحٌ). TERJEMAHAN Dari Ibnu 'Abbas رضي اللّه عنهما, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Keberkatan turun di bahagian tengah makanan. Jesteru makanlah bermula dari bahagian tepinya dan janganlah makan dari bahagian tengahnya." (Mafhum HR At Tirmidzi, katanya hadith hasan sahih) PENGAJARAN 1. Antara adab makan yang ditekankan oleh Syara' adalah mengambil makanan dari bahagian tepi kemudian ke bahagian tengah supaya setiap orang yang makan mendapat keberkatan, 2. Hikmah larangan tidak boleh ambil dari bahagian tengah adalah perbuatan itu adalah buruk kerana boleh menimbulkan perasaan jijik kepada orang lain untuk mengambil makanan tersebut, 3. Kata Al Syafi'e: Jika seseorang memakan di bahagian orang sebelahnya atau ambil dari tengah hidangan maka perbuatannya itu berdosa jika ia mengetahui larangan Nabi صلى الله عليه وسلم, 4. Kata Al San'ani: Apabila bahagian yang berkat (di tengah hidangan) telah diambil maka tidak ada lagi keberkatan yang tinggal bagi hidangan tersebut... والله أعلم

Bala Yang Tidak Disedari!

C&P . . العقاب المحسوس وغير المحسوس BALA yang DISEDARI dan BALA yang TIDAK DISEDARI قال أحد الطلاب لشيخه: "كم نعصي الله ولا يعاقبنا". Seorang pelajar bertanya kepada gurunya " mengapakah apabila kita banyak melakukan MAKSIAT terhadap Allah, tetapi Allah tidak menimpakan BALANya ke atas kita dengan SEGERA?" فرد عليه الشيخ: "كم يعاقبك الله وأنت لا تدري".! Gurunya menjawab "Allah telah menimpakan BALANya, tetapi engkau yang tidak MENYEDARINYA.!". ألم يسلبك حلاوة مناجاته ..!! وما ابتلي أحد بمصيبة أعظم عليه من [قسوة قلبه]. "Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat denganNya dari hatimu...!! Tiada BALA yang lebih BERAT ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit "HATI YANG KERAS". إن أعظم عقاب يمكن أن تلقاه هو قلة التوفيق إلى أعمال الخير . Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan. ألم تمر عليك الأيام دون قراءة للقرآن ؟! Bukankah telah berlaku ke atas dirimu engkau tidak membaca Quran selama beberapa hari? بل ربما تسمع قوله تعالى: {لو أنزلنا هذا القرآن على جبل لرأيته خاشعاً متصدعاً من خشية الله} .. وأنت لا تتأثر كأنك لم تسمعها ..!!! Bahkan mungkin engkau mendengar firmanNya yang berbunyi "kalau Kami turunkan Al-Quran ini ke atas gunung nescaya engkau akan melihatnya khusyuk dan hancur luluh kerana takutkan Allah" Al-Hasyar : 21. Engkau mendengar ayat ini tetapi engkau tidak merasa apa-apa...!!! ألم تمر عليك الليالي الطوال وأنت محروم من [القيام] ..؟! Bukankah berlalu beberapa malam tetapi engkau terhalang daripada bangun [qiyamullail] ? ألم تمر عليك مواسم الخير: رمضان .. ست شوال .. عشر ذي الحجة . ولم تُوفق إلى استغلالها كما ينبغي .. Bukankah berlalu peluang-peluang kebaikan seperti: Ramadhan, Enam Syawwal, Sepuluh Zulhijjah. Sedangkan engkau tidak dipermudahkan untuk mengambil peluang-peluang tersebut dengan sewajarnya..... أي عقاب أكثر من هذا Adakah BALA yang lebih BERAT dan SEGERA dari semua ini? ألا تحس بثقل الطاعات ؟ Bukankah engkau merasa berat apabila mahu melakukan ketaatan? ألم يُمسِك لسانك عن ذكره تعالى؟ Bukankah lidahmu ditahan daripada mengingatiNya? ألا تحس بضعف أمام الهوى والشهوات ؟ Bukankah engkau merasa lemah pabila berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syahwat? ألم تبتلى بحب المال والجاه والشهرة ؟ Bukankah engkau telah ditimpakan dengan cintakan harta, pangkat dan perasaan ingin popular? أي عقاب أكثر من ذلك .. Adakah bala yang lebih BERAT dan SEGERA daripada ini semua? ألم تسهل عليك الغيبة والنميمة والكذب؟! Bukankah dipermudahkan bagimu untuk mengumpat, mengadu domba dan berkata dusta?! ألم يشغلك الفضول بالتدخل فيما لا يعنيك؟! Bukankah engkau disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia tiada kaitan dengan dirimu?! ألم يُنسِك الآخرة ويجعل الدنيا أكبر همك؟! Bukankah engkau telah dilupakan tentang akhirat dan segala tumpuanmu dihalakan kepada hal keduniaan? هذا الخذلان ما هو إلا صور من عقاب الله . Semua kehinaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bentuk-bentuk bala yang Allah timpakan ke atas dirimu. إحذر يا بني فإن أهون عقاب لله : " ما كان محسوساً" في المال أو الولد أو الصحة . Berhati-hatilah wahai anakku, kerana BALA yang paling RINGAN yang Allah timpakan: "BALA yang boleh DISEDARI seperti bala yang ditimpakan ke atas harta, anak pinak dan kesihatan. وأن أعظم عقاب "ما كان غير محسوس"في القلب" . Dan sesungguhnya sebesar-besar bala yang ditimpakan ke atas hamba adalah "BALA yang tidak DISEDARI iaitu "BALA di dalam HATI" فاسأل الله العافية واستغفر لذنبك. Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosamu. #ARS, 1Safar1437H- 131115.

ߍËATA-KATA LAKNAT AKAN KEMBALI KEPADA TUANNYA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Selasa 5 Safar 1437 17 November 2015 عن أَبي الدرداء رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ العَبْدَ إِذَا لَعَنَ شَيْئًا، صَعدَتِ اللَّعْنَةُ إِلَى السَّماءِ، فَتُغْلَقُ أبْوابُ السَّماءِ دُونَهَا، ثُمَّ تَهْبِطُ إِلَى الأرْضِ، فَتُغْلَقُ أبْوابُهَا دُونَها، ثُمَّ تَأخُذُ يَمينًا وَشِمالًا، فَإذا لَمْ تَجِدْ مَسَاغًا رَجَعَتْ إِلَى الَّذِي لُعِنَ، فإنْ كَانَ أَهْلًا لِذلِكَ، وإلاَّ رَجَعَتْ إِلَى قَائِلِهَا)). رواه أَبُو داود. TERJEMAHAN Dari Abu Darda' رضي اللّه عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Sesungguhnya seorang hamba apabila ia melaknat sesuatu, laknat tersebut akan naik ke langit lalu pintu-pintu langit tertutup. Kemudian laknat itu turun ke bumi lalu pintu-pintu dunia pun tertutup. Kemudian laknat itu bergerak ke kanan dan ke kiri. Seandainya ia tidak mendapat tempat yang sesuai ia akan pergi kepada orang yang dilaknat jika dia layak untuk dilaknat. Kalau tidak layak maka ia kembali kepada orang yang melaknat itu." (Mafhum HR Abu Daud) PENGAJARAN 1. Melaknat adalah melontarkan kata-kata buruk (biasanya akibat sakit hati) kepada pihak lain supaya ditimpa malang, kesusahan dan sebagainya, 2. Perbuatan melaknat adalah berdosa dan perlu dihindari lebih-lebih lagi jika tidak kena pada tempatnya kerana dibimbangi laknat tersebut akan kembali kepada dirinya maka jadilah ia manusia yang jauh daripada rahmat Allah dan kasih sayangnya, 3. Sebaliknya gantikanlah dengan perkataan yang baik-baik supaya menjadi doa terutama kepada anak-anak, keluarga, sahabat handai dan sebagainya.

SESEORANG MENJADI MULIA/ HINA HANYA DENGAN KATA-KATANYA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Rabu 6 Safar 1437 18 November 2015 👄 عنه عن النبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ الله تَعَالَى مَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللهُ بِهَا دَرَجاتٍ، وإنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلَمَةِ مِنْ سَخَطِ اللهِ تَعَالَى لا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا في جَهَنَّمَ)). رواه البخاري. TERJEMAHAN Dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Seorang hamba tatkala mengungkapkan perkara yang diredhai Allah yang mana (walaupun) ianya tidak menarik perhatian (manusia lain), Allah akan mengangkat darjatnya. Dan tatkala seorang hamba mengungkapkan perkara yang dimurkai Allah yang mana (walaupun) ianya tidak menarik perhatian (manusia lain), Allah akan menghumbannya ke dalam neraka Jahannam". (Mafhum HR Al Bukhari) PENGAJARAN 1. Kemuliaan seseorang tidaklah bergantung setakat mana ia komited dalam melakukan ketaatan seperti solat, zakat, sedekah dll. Begitu juga bukan sekadar meninggalkan maksiat seperti zina, mencuri, minum arak, berjudi dan sebagainya, 2. Tetapi ia juga perlu mengambil berat tentang apa yang dituturkannya kerana dosa yang disebabkan oleh lidah boleh membawa kepada kebinasaan, 3. Jesteru perbuatan mengumpat, menabur fitnah, berdusta, memaki hamun, mengutuk dan sebagainya mestilah dihindarkan walaupun mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak supaya hidup kita selamat di dunia dan di akhirat.

WAJIB TAAT KEPADA PEMIMPIN KECUALI...

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Khamis 7 Safar 1437 19 November 2015 🌻 عن ابن عمر رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((عَلَى المَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ والطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وكَرِهَ، إلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيةٍ، فَإنْ أُمِرَ بِمَعْصِيةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ)). متفقٌ عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari Ibnu 'Umar رضي اللّه عنهما, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "(Wajib) atas individu Muslim untuk dengar dan patuh (kepada pemimpin) dalam keadaan dia suka atau benci melainkan kalau dia diperintahkan untuk membuat maksiat. Maka jika dia diarahkan untuk berbuat maksiat maka tidak perlu untuk dengar dan patuh." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Tugas pemerintah adalah memastikan kebajikan rakyat di bawah tanggungjawabnya terbela dan memastikan tidak berlaku kemudaratan kepada mereka, 2. Oleh itu menjadi kewajipan bagi setiap individu untuk mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah walaupun tidak disukainya, 3. Namun kewajipan untuk taat dikecualikan jika pemerintah menetapkan sesuatu yang berbentuk maksiat kerana ianya melawan perintah Allah Ta'ala.

ߒ擅ELOKNYA MANDI SEBELUM SOLAT JUMAAT

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Jumaat 8 Safar 1437 20 November 2015 عن سَمُرَةَ رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ تَوَضَّأَ يَوْمَ الجُمُعَةِ فبِها وَنِعْمَتْ، وَمَن اغْتَسَلَ فَالغُسْلُ أفْضَلُ)). رواه أَبُو داود والترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ). TERJEMAHAN Dari Samurah رضي اللّه عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Barangsiapa yang berwudhuk untuk (keluar) solat Jumaat maka itu baik. Dan barangsiapa yang mandi maka mandi adalah lebih bagus." (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi) PENGAJARAN
 1. Antara tuntutan sebelum keluar untuk solat Jumaat adalah mandi terlebih dahulu dan hukumnya tidaklah wajib (sunat) mengikut pendapat majoriti Fuqaha',
2. Walaupun wudhuk adalah memadai, namun tuntutan untuk mandi lebih dititikberatkan bagi mereka yang berpeluh atau bau badannya tidak menyenangkan.

3 DOA YANG TIDAK DIPERKENANKAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Sabtu 9 Safar 1437 21 November 2015 💥 ALLAH عن أبي موسى الأشعري مرفوعاً، ونصه قال صلى الله عليه وسلم: "ثلاثة يدعون الله، فلا يستجاب لهم: رجل كانت له امرأة سيئة الخلق فلم يطلقها، ورجل كان له على رجلٍ مال فلم يشهد عليه، ورجل أعطى سفيهاً ماله، وقد قال عزّ وجل: (وَلا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ) [النساء:5]. (رواه الحاكم في المستدرك) TERJEMAHAN Dari Abu Musa Al Asy'ari رضي اللّه عنه, sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Tiga golongan yang berdoa kepada Allah tetapi Allah tidak memperkenankan doa mereka iaitu: Seorang suami yang mempunyai isteri yang berakhlak buruk tetapi tidak menceraikannya, seorang lelaki yang memberi hutang kepada orang lain tetapi tidak menyediakan bukti (catatan terhadap hutang) dan seorang lelaki yang menyerahkan harta kepada orang yang lemah akal sedangkan Allah telah berfirman dalam surah an Nisa': ayat 5 (yang bermaksud): Janganlah kamu memberikan harta kamu kepada orang yang lemah fikirannya..." (Mafhum HR Al Hakim dalam Mustadrak) PENGAJARAN 1. Doa seorang suami untuk menyelesaikan krisis rumahtangga tidak akan dimakbulkan dek kerana keenggannya melepaskan isterinua yang berperangai buruk, 2. Doa seorang pemberi hutang supaya hutangnya dikembalikan tidak dimaqbulkan kerana kecuaiannya yang tidak mendokumenkan hutang tersebut, 3. Begitu juga doa seorang yang minta hartanya dikembalikan tidak dimaqbulkan kerana kesilapannya menyerahkan hartanya kepada orang yang tidak layak (kerana lemah fikiran, tidak amanah dll), 4. Doa-doa oleh individu di atas tidak diperkenankan oleh Allah kerana masalah yang berlaku adalah atas kecuaian mereka sendiri.

TUNTUTAN MENGGOSOK GIGI

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Ahad 10 Safar 1437 22 November 2015 👄 عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لَوْلا أنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي- أَوْ عَلَى النَّاسِ- لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلاَةٍ)). متفقٌ عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه, bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Jika tidak menjadi suatu yang berat kepada umatKu atau kepada manusia, nescaya aku akan memerintahkan mereka untuk bersugi (menggosok gigi) setiap kali semasa hendak solat." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Ulama' bersepakat (ijma') bahawa bersugi (menggosok gigi) adalah sunat hukumnya setiap masa lebih-lebih lagi ketika hendak solat, berwudhuk, membaca Al Quran, bangun daripada tidur dan berubah bau mulut (disebabkan memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak elok), 2. Sunat bersugi juga meliputi orang yang sedang berpuasa bahkan dibenarkan bersugi sebelum mengangkat takbir (untuk mengerjakan solat) jika keadaan mengizinkan, 3. Islam adalah agama yang menitikberatkan kebersihan supaya diri kita sentiasa sihat dan tidak mengganggu keselesaan orang lain (seperti disebabkan mulut yang berbau). Bahkan Nabi juga ada menyebutkan bahawa: "Bersugi itu dapat membersihkan mulut dan mengundang redha Allah."

PAHALA BERGANDA WALAUPUN TERSANGKUT DALAM MEMBACA AL QURAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Isnin 11 Safar 1437 23 November 2015 💪 عن عائشة رضي الله عنها قالت: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أجْرَانِ)). متفقٌ عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari A'isyah رضي اللّه عنها melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Pembaca Al Quran yang mahir dalam bacaannya ditempatkan bersama malaikat yang mulia lagi taat. Dan pembaca Al Quran dalam keadaan tersangkut-sangkut dalam bacaannya kerana kepayahan (tidak mahir) baginya dua pahala." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Orang yang mahir dalam bacaan Al Quran serta menghayati dan mengamalkan isi kandungannya, mendapat kedudukan yang mulia di Akhirat kelak, 2. Orang yang tersangkut-sangkut dalam bacaan Al Quran dan sanggup bersusah payah untuk memperelokkan bacaannya mendapat dua kali ganjaran iaitu pahala membaca Al Quran dan pahala atas kesungguhannya itu, 3. Maka sewajarnya setiap orang jangan berputus asa dalam memperelokkan bacaan Al Quran kerana apabila mereka mahir nanti, mereka akan mendapat kedudukan yang sangat mulia iaitu setaraf dengan para malaikat di sisi Allah Ta'ala.

SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG إ

ذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه “Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendakla dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun solat tahajjud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda: ذاك الرجل بال الشيطان فيأذنيه “Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” Hadis sahih Bukhari dan Muslim SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل “Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.” Hadis sahih Muslim SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP Nabi saw bersabda: ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك “Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.” Hadis riwayat Ahmad. Q Qq

TINGGINYA KEDUDUKAN ORANG YANG MENGAJAR KEBAIKAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Selasa 12 Safar 1437 24 November 2015 ✨ عن أَبي أُمَامَة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أدْنَاكُمْ)). ثُمَّ قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأهْلَ السَّماوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ في جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِي النَّاسِ الخَيْرَ)). رواه الترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ). TERJEMAHAN Dari Abu Umamah رضي الله عنه, bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Kelebihan seorang yang berilmu ke atas seorang hamba adalah seumpama kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di kalangan kamu semua. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesungguhnya Allah, para malaikatNya, penghuni langit dan penghuni bumi hatta semut di dalam lubangnya dan ikan di lautan pasti berselawat (mendoakan rahmat) kepada orang yang mengajar kebaikan kepada manusia." (Mafhum HR At Tirmidzi, katanya hadith hasan) PENGAJARAN 1. Setiap Muslim perlu berusaha untuk mencari ilmu kerana kedudukan orang berilmu adalah tinggi di dalam Islam apatah lagi jika diniatkan untuk membimbing orang lain seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat, 2. Kita perlu memberi perhatian terhadap tunjuk ajar yang diberikan oleh para ulama' kerana mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan daripada nasihat yang diberikan kecuali untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah. Bahkan kedudukan mereka adalah seumpama para Nabi yang mengajak manusia ke arah kebaikan.

Fikirkanla.1

Assalamualaik..ustazah Betul ke kalau kita buat yang nabi s.a.w tak b uat (dlm ibadah )amalan kita akan jd sia2..maksudnya tak dapat apa2.. Malah boleh jadi sesat.. Contoh.. *Baca yasin beramai2..pd malam jumaat atau dlm majlis tahlil. *buat majlis tahlil yg ada jamuan (disediakan oleh keluarga si mati. Dan ada lg lah..amalan yg nampak baik tapi bukan dari ajaran nabi s.a.w.. Saya musykil tentang hal ni... 🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦 وعليكم السلام Tidak. Setiap amalan yang dibuat itu ada mempunyai sumber dalil tersendiri. Amalan yang nabi SAW dikenali sbg sunnah. Amalan yang nabi SAW x buat dikenali sbg bidaah. Bidaah terbahagi dua iaitu dholalah (sesat) & hasanah (baik). Bidaah dholalah menyalahi syariat. Bidaah hasanah menepati syariat. Oleh itu, kita perlu lihat amalan ini berada dlm kategori yg mana satu. 1⃣ Bacaan yasin berjemaah malam jumaat. Bidaah hasanah. 2⃣ Majlis tahlil. Bidaah hasanah jika betul caranya. Bidaah dholalah jika salah caranya. Amalan spt ini ada sandaran dalil oleh para ulama'. @arrahnu

Ulasan ambo secara ringkas ...... ttg tahlilan

Z 1. Boleh buat dgn syarat ..... a. Tidak melibatkan harta anak yatim spt dlm Fiqh Manhaji b. Tidak menetapkan hari krn hak menetapkan ibadah dr segi masa dan tampat hanya hak Allah Taala jua c. Makruh jk keluarga si mati yg menyediakan makanan kpd penziarah2 d. Jgn mewajibkan akan tahlilan ini e. Jgn berbangga dgnnya f. Jgn hingga mengabaikan yg fardhu, membuka aurat dll g. Adik beradik blh buat dgn persetujuan bersama dgn masing2 sumbangkan wang dan jgn berbalah ttgnyz Zaman Alhir2 Ini a. Elok buat di masjid secara sukarela oleh Imam dan jemaah tanpa harapkan balasan b. Tarik famili simati dtg ke masjid, beri tazkirah sblum tahlil .... trgkan cara2 yg lbh baik bgmana utk menolong jenazah di sana c. Kini ramai yg pergi majlis tahlilan hnya nak makan dan masjid tak gi, dan mrk sampai lbh awal dr Imam

garis panduan berpakaian

: - Tidak terlalu ketat hingga menampakkan susuk tubuh - Tidak terlalu jarang yang menampakkan aurat - Tidak berpakaian yang berlawanan jantina

hikmah rukhsah makan dan minum dalam keadaan darurat

: - Menjaga nyawa sebagai suatu yang berharga - Ajaran Islam tidak membebankan umatnya - Memberi kelonggaran ketika darurat

syarat diharuskan memakan makanan haram :

- Hanya terdapat makanan yang haram - Makan sekadar menyelamatkan nyawa - Makan dan minum bukan untuk kenyang

BERSEDERHANA DALAM KHUTBAH DAN SOLAT

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Jumaat 2 Safar 1437 13 November 2015 🌻 عن أَبي عبد الله جابر بن سمرة رضي الله عنهما، قَالَ: كُنْتُ أصَلِّي مَعَ النَّبيِّ صلى الله عليه وسلم الصَّلَوَاتِ، فَكَانتْ صَلاتُهُ قَصْدًا وَخُطْبَتُهُ قَصْدًا. رواه مسلم. TERJEMAHAN Dari Abu Abdullah Jabir bin Samurah رضي اللّه عنهما melaporkan: "Aku pernah solat bersama Nabi صلى الله عليه وسلم maka (aku dapati) solatnya sederhana dan khutbahnya juga sederhana." (Mafhum HR Muslim) PENGAJARAN 1. Maksud sederhana adalah tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu ringkas dalam menyampaikan khutbah dan mendirikan solat, 2. Seorang khatib/imam perlu bijak dalam menyampaikan pesanan/nasihat melalui khutbahnya supaya dapat difahami dan diterima dengan berkesan. Antaranya dengan tidak memanjangkan khutbah hingga meleret-leret dan membosankan atau terlalu ringkas hingga tidak sampai maksud.