Bulan Muharram adalah salah satu bulan yang di muliakan Allah SWT dari 12 bulan yang ada. Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah At-Taubah ayat 36:
.إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَْرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ...
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram (yang di muliakan)". (QS. al-Taubah : 36)
Ayat di atas menjelaskan bahawa di antara 12 bulan itu ada bulan-bulan mulia yang jumlahnya ada 4 bulan.
Kemudian, bulan apakah yang dimuliakan Allah SWT.?? Dalam hadits yang diriwayatkan oleh sahabat Abu Bakrah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ : ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ . وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
“Setahun itu ada 12 bulan, dan di antaranya ada 4 bulan mulia, 3 berurutan; Dzul Qa’dah, Dzul Hijjah, Muharram, dan Rajab Mudhar yang ia itu berada antara jumada dan sya’ban”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Hari ini adalah hari ‘Asyura iaitu hari kesepuluh dari bulan Muharram. Ia memiliki banyak keutamaan dan kemuliaan sejak dari zaman dahulu kala yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan as-Sunnah.
Dalam syariat Nabi Muhammad SAW, hari ‘Asyura dimuliakan kerana memiliki beberapa kelebihan. Di dalam Hadits-hadits yang shahih diterangkan tentang keutamaan berpuasa pada hari asyura tersebut.
Di antara kelebihan puasa pada hari 'Asyura tersebut adalah:
*1. Puasa 'Asyura Dapat Menghapus Dosa Setahun Yang Lalu.*
Diriwayatkan dari Abu Qatadah RA, ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab:
*وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ*
"Puasa hari 'Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah SWT agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu." (HR. Muslim)
Hal ini adalah kurniaan dari Allah SWT kepada umat Nabi SAW, Dia jadikan puasa satu hari sebagai penghapus dosa-dosa setahun penuh.
*2. Puasa 'Asyura adalah Puasa Yang Rasulullah SAW Begitu Bersemangat Untuk Melakukannya.*
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas RA, ia berkata:
مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ
“Aku tidak penah melihat Nabi SAW bersemangat untuk berpuasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya melainkan pada hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, iaitu puasa pada bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
*3. Puasa di Bulan Muharram, Seutama-utamanya Puasa Selepas bulan puasa Ramadhan.*
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendorong kita untuk banyak melakukan puasa pada bulan Muharram.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
“Puasa yang pa4ling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah iaitu pada bulan Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.” (HR. Muslim)
Berkaitan dengan puasa ‘Asyura ini. Ibnul Qayyim Rahimahullah dalam Kitab Zaadul Ma'ad (2/76) berpendapat bahawa urutan puasa Muharram ini ada tiga:
1. Yang paling sempurna berpuasa satu hari sebelum dan sesudahnya, iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram.
2. Berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh -inilah pendapat yang paling banyak disebutkan dalam riwayat hadits yang shahih.
3. Berpuasa hanya pada sepuluh Muharram sahaja." Wallahu A’lam.
Mudah-Mudahan Allah SWT memberi kemudahan kepada kita untuk dapat melaksanakan ibadah puasa pada 10 Muharram hari ini.
Ya Allah kurniakan kepada kami kekuatan untuk terus berada dalam ketaatan kepadaMu, selamat & mudahkan kami pada 10 Muharram hari ini, sebagai mana Engkau telah selamatkan & mudahkan para Nabi dan Rasul-Mu. Mudah-Mudahan kami tergolong sebagai hambaMu yang beriman. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
SELAMAT BERPUASA PADA 10 MUHARRAM. Taqabballahu minna wa minkum.
Wallahu A'lam.