Kejadian manusia dan keangkuhan iblis*
_*Surah Al-Hijr, ayat 28:*_
*وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِّن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ*
*_Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya._*
_*Surah Al-Hijr, ayat 29:*_
*فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ*
*_"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya._*
_*Surah Al-Hijr, ayat 30:*_
*فَسَجَدَ الْمَلَائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ*
*_(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali,_*
_*Surah Al-Hijr, ayat 31:*_
*إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ أَن يَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ*
*_Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud._*
*_Surah Al-Hijr, ayat 32:_*
*قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلَّا تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ*
*_Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?"_*
*_Surah Al-Hijr, ayat 33:_*
*قَالَ لَمْ أَكُن لِّأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ*
*_Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya"_*
: *_Surah Al-Hijr, ayat 34:_*
*قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ*
*_Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir._*
*_Surah Al-Hijr, ayat 35:_*
*وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَىٰ يَوْمِ الدِّينِ*
*_Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat_*
*_Surah Al-Hijr, ayat 36:_*
*قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ*
*_Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)"_*
_*Surah Al-Hijr, ayat 37:*_
*قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ*
*_Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh._*
_*Surah Al-Hijr, ayat 38:*_
*إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ*
*_"Hingga ke hari - masa yang termaklum"_*
_*Surah Al-Hijr, ayat 39:*_
*قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ*
_*Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,*_
*_Surah Al-Hijr, ayat 40:_*
*إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ*
*_"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik"_*
_*Surah Al-Hijr, ayat 41:*_
*قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ*
*_Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya._*
_*Surah Al-Hijr, ayat 42:*_
*إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ*
*_"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri)._*
_*Surah Al-Hijr, ayat 43:*_
*وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ*
*_"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu)._*
_*Surah Al-Hijr, ayat 44:*_
*لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ لِّكُلِّ بَابٍ مِّنْهُمْ جُزْءٌ مَّقْسُومٌ*
*_"Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)"_*
kejadian manusia