[AKIDAH IBN TAIMIYAH DAN IMAM ABUL HASAN ASYAARI SAMA?: PENCERAHAN KALI KE LIMA BUAT USTAZ MASHADI MASYUTI]


  • 1. ARG Johor menerima permintaan yang sangat banyak untuk menjawab Ustaz Mashadi Masyuti (Mashadi Masyuti) untuk perkara ini kerana menyamakan akidah Ibn Taimiyah dan Imam Abul Hasan Asyaari tentang ISTAWA disini
  • 2. Sebelum pembaca membaca penulisan ARG Johor yang keempat ini, pembaca haruslah membaca penulisan kami yg pertama
  • 3. Sebelum itu jika dilihat penulisan Mashadi Masyuti tentang ISTAWA saling bercanggah antara satu sama lain dan ini dinamakan tanaqudh. Tanaqudh terjadi apabila sesuatu fahaman itu tidak mapan, akhirnya bercanggah atau kontradiksi kenyataannya satu sama lain yang menahtijahkan kekeliruan.
  • 4. Para pembaca boleh lihat screenshot-screenshot yang ARG Johor lampirkan yang diambil dari penulisan Mashadi Masyuti sendiri, pada mulanya Mashadi Masyuti mengatakan bahawa Istawa adalah bersemayam, dalam kamus dewan bahasa dan pustaka tidak ada maksud lain buat bersemayam iaitu istiqror (Menetap) atau Julus (duduk). Ini bermakna apabila disebutkan bersemayam, tidak ada kebarangkalian lain selain menetap atau duduk.
  • 5. Dari screenshot yang dilampirkan jelas seperti matahari Mashadi Masyuti mengatakan Allah bersemayam dengan menterjemah dan memberi makna istawa kepada semayam, kemudian pada penulisan yg lain (rujuk screenshot) Mashadi Masyuti menyesatkan sesiapa yang menafsirkan istawa dengan arti duduk (julus) atau menetap (istiqror). Jadi secara tidak langsung Mashadi Masyuti telah menyesatkan dirinya sendiri apabila menterjemahkan istawa kepada semayam. Ini contoh kenyataan yg tanaqudh (kontradiksi) yang menahtijahkan akhirnya secara tidak langsung kenyataan yang dibuat menyesatkan dirinya sendiri. Jelas, penulisan Mashadi Masyuti ini rosak dan penulisan yang rosak tidak boleh dijadikan rujukan orang lain.
  • 6. Ia bukan sahaja secara tidak langsung menyesatkan dirinya sendiri, tetapi ia secara tidak langsung menyesatkan tokoh pujaan beliau sendiri iaitu Ibn Taimiyah. Ini kerana Ibn Taimiyah bersetuju mentakwilkan (menafsirkan) istawa dengan Istaqorro
  • Ucapan Ibnu Taimiyyah tentang takwilan Istaqorro :
  •  مجموع الفتاوى - (ج 5 / ص 404)
  • فَكَيْفَ يَسُوغُ لِأَحَدِ أَنْ يَقُولَ : إنَّهُ بِكُلِّ مَكَانٍ عَلَى الْحُلُولِ مَعَ قَوْلِهِ : { الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى } أَيْ اسْتَقَرَّ ؟ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى : { فَإِذَا اسْتَوَيْتَ أَنْتَ وَمَنْ مَعَكَ عَلَى الْفُلْكِ } أَيْ اسْتَقْرَرْت

  • Oleh sebab itu dikatakan dari penulisan Mashadi Masyuti, bukan sahaja secara tidak langsung menyesatkan dirinya sendiri, namun menyesatkan tokoh pujaan beliau sendiri iaitu Ibn Taimiyah juga.

  • 7. Berbeza dengan Imam Abul Hasan Asyaari beliau melakukan tafwidh makna apabila berhadapan dengan ayat mutasyabihat. Beliau dalam Maqalat Islamiyyin (211) berkata:

  • وقال اهل السنة والحديث ليس بجسم ولا يشبه الاشياء وانه علی العرش كما قال عز وجل الرحمن على العرش استوى ولا نقدم بين يدي الله في القول بل نقول استوى بلا كيف

  • "Ahlussunnah dan hadith berkata: "Allah bukan jisim, Allah tak sama dengan apapun, Allah alal Arasy sebagaimana yang Dia katakan: "Ar Rahman Alal Arsy Istawa", dan kami tidak akan berkata (tentang maknanya) dihadapan Allah. Tetapi kami katakan Dia istawa tanpa kaif".

  • Kesimpulannya, pemahaman Ibn taimiyah dan Imam Abul Hasan asyaari memang berbeza apabila berinteraksi dengan ayat mutasyabihat.

  • 8. Antara lain kenapa akidah Ibn Taimiyah dan berlainan ialah Imam Abul Hasan Asyaari secara tegas dan jelas menolak jisim dinisbatkan kepada Allah, dan ini berbeza dengan Ibn Taimiyah. Ibnu Taimiyyah berkata :

  • وإثبات لفظ الجسم ونفيه بدعة لا أصل لها في الكتاب والسنة، ولم يتكلم به أحد من السلف والأئمة، وأهل السنة والجماعة لا يطلقون هذا اللفظ لا نفيًا ولا إثباتًا، كما أنهم لم يثبتوا لفظ التحيز ولا نفوه ولا لفظ الجهة ولا نفوه، ولكن أثبتوا الصفات التي جاء بها الكتاب والسنة، ونفوا مماثلة المخلوقات

  • “ Menetapkan lafadz jisim dan menafikannya adalah BIDAAH tidak ada asalnya dalam Quran dan Sunnah, dan tidak ada seorang ulama salaf pun yang berkata seperti itu. Ahlus sunnah tidak memuthlakkan lafadz jisim ini baik meniadakan atau menetapkan. Sebagaimana mereka tidak menetapkan lafadz berbatas (haiz) dan tidak pula menafikannya. Demikan  juga lafdz jihah (arah) mereka tidak menetapkan juga tidak menafikan. Akan tetapi menetapkan sifat-sifat yang datang dari al-Quran dan Sunnah dan menafikan penyerupaan makhluk “. (Radd ‘ala asaasit Taqdis :1/9)

  • Ini amat berbeza sekali dengan pendirian Imam Abul Hasan Asyaari yang tegas dam secara jelas dalam Maqalat Islamiyyin (211) berkata:

  • وقال اهل السنة والحديث ليس بجسم ولا يشبه الاشياء وانه علی العرش كما قال عز وجل الرحمن على العرش استوى ولا نقدم بين يدي الله في القول بل نقول استوى بلا كيف

  • "Ahlussunnah dan hadith berkata: "Allah bukan jisim, Allah tak sama dengan apapun, Allah alal Arasy sebagaimana yang Dia katakan: "Ar Rahman Alal Arsy Istawa", dan kami tidak akan berkata (tentang maknanya) dihadapan Allah. Tetapi kami katakan Dia istawa tanpa kaif".

  • 9. Kesimpulannya, dalam hal ini tidak ada kesamaan antara 2 orang ini dalam berinteraksi dengan ayat mutasyabihat dalam konteks perbincangan ini.

  • 10. Mashadi Masyuti masih belum berputus asa mahu mempertahankan lagi makna istawa sebagai semayam dengan cuba menggunakan ibarat kitab-kitab pondok seperti Kitab Kifayah al-Muhtadi, Kitab Durruth Thamin, Kitab Akidatun Najin untuk membenarkan pemahamannya. Namun setelah kami membaca lebih dari 20 kali ibarat yang dilampirkan oleh Mashadi Masyuti dan sebelum menulis ini kami membaca lagi 10 kali jadi kesleuruhannya 30 kali kami membaca ibarat-ibarat yang dilampirkan oleh Mashadi Masyuti TIDAK ADA PERKATAAN BERSEMAYAM pada ibarat kitab-kitab pondok yang dilampirkan. Adakah beliau tersilap atau sengaja silap atau terdesak, ARG Johor menggesa pembaca supaya bersangka baik terhadap beliau. Wallahualam.



Disediakan oleh:


Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

/t