3 DOA YANG TIDAK DIPERKENANKAN
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Sabtu
9 Safar 1437
21 November 2015
💥 ALLAH
عن أبي موسى الأشعري مرفوعاً، ونصه قال صلى الله عليه وسلم: "ثلاثة يدعون الله، فلا يستجاب لهم: رجل كانت له امرأة سيئة الخلق فلم يطلقها، ورجل كان له على رجلٍ مال فلم يشهد عليه، ورجل أعطى سفيهاً ماله، وقد قال عزّ وجل: (وَلا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ) [النساء:5]. (رواه الحاكم في المستدرك)
TERJEMAHAN
Dari Abu Musa Al Asy'ari رضي اللّه عنه, sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Tiga golongan yang berdoa kepada Allah tetapi Allah tidak memperkenankan doa mereka iaitu: Seorang suami yang mempunyai isteri yang berakhlak buruk tetapi tidak menceraikannya, seorang lelaki yang memberi hutang kepada orang lain tetapi tidak menyediakan bukti (catatan terhadap hutang) dan seorang lelaki yang menyerahkan harta kepada orang yang lemah akal sedangkan Allah telah berfirman dalam surah an Nisa': ayat 5 (yang bermaksud): Janganlah kamu memberikan harta kamu kepada orang yang lemah fikirannya..." (Mafhum HR Al Hakim dalam Mustadrak)
PENGAJARAN
1. Doa seorang suami untuk menyelesaikan krisis rumahtangga tidak akan dimakbulkan dek kerana keenggannya melepaskan isterinua yang berperangai buruk,
2. Doa seorang pemberi hutang supaya hutangnya dikembalikan tidak dimaqbulkan kerana kecuaiannya yang tidak mendokumenkan hutang tersebut,
3. Begitu juga doa seorang yang minta hartanya dikembalikan tidak dimaqbulkan kerana kesilapannya menyerahkan hartanya kepada orang yang tidak layak (kerana lemah fikiran, tidak amanah dll),
4. Doa-doa oleh individu di atas tidak diperkenankan oleh Allah kerana masalah yang berlaku adalah atas kecuaian mereka sendiri.