لعلها من أروع الإعجازات القرآنية 🔹إعجاز بلاغي:

 لماذا بشر عيسى  عليه السلام  ب ( أحمد ) و ليس ( محمد )؟
فى قوله تعالى " وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ"
فى اللغة العربية ( أحمد ) اسم تفضيل .. كأن تقول ( هيثم حامد لربه و لكن عمر أحمد منه ) فعمر هنا مفضل على هيثم، أما ( محمد ) فهو اسم مفعول .. كأن نقول ( عمر من كثرة حمده لله .. صار محمدا ) .. و اسم المفعول لا يطلق إلا على موجود ..
فلو قال القرآن الكريم على لسان عيسى ( يأتى من بعدى اسمه محمد ) لصارت سقطة لغوية .. لأن محمد لكى تطلق يجب أن يكون هذا الشخص موجود بالفعل .. قد خلق و بعث و حمد الله فصار أحمد أهل الأرض و من هنا صار فى النهاية ( محمدا ) .. وسيدنا محمد فى هذة الأية لم يكن موجوداً, و لهذا اختار المسيح  عليه السلام فى البشارة لقب ( أحمد ) و كأنه يقول لاتباعه ( رسول يأتى من بعدى هو أحمد منى لرب العالمين ) ..
و فى هذا إعجاز بلاغى شديد و إحترام منه عليه السلام لمقام نبينا صلى الله عليه وسلم 
 اللهم صَل على محمدٍ و آل محمد واصحاب محمد صلى الله عليه وسلم

      muhammad ahmad

FastabiqoulKhairat: JUDI LEMBU SADO DI EKSPO MAHA 2016?



Saya ditanya berkenaan satu pertandingan meneka berat seekor lembu Sado yang diadakan di Ekspo MAHA yang berlansgung di MAEPS ketika ini. Semua peserta yang ingin menyertai dikehendaki membayar :-
1 tekaan : RM 10
3 tekaan : RM 20

Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai RM 20,000 atau seekor lembu bernilai RM 20,000.

Jawapan saya:

Ia adalah jelas sebuah perjudian. Ia mempunyai ciri judi yang didefinisi oleh Ulama seperti al-baijuri adalah :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم

Ertin: Suatu pertandigan yang mana peserta terdedah untuk sama ada kerugian atau meraih untung. (Hashiah Al-Baijuri, jil2, hlm521)

Selain itu, ia juga terbina di atas bayaran untuk menang secara nasib (game of luck or pure chance), walaupuan tekaan itu mempunyai sedikit elemen usaha, namun ia tetap punyai elemen 'nasib' yang besar.

Ia turut punyai elemen judi yang seterusnya iaitu 'Zero sum game' iaitu pemenang akan ambil keuntungan dari mereka yang kalah.

Ia masih judi walaupun jika duit yuran yang dibayar peserta itu disalurkan kepada kegunaan lain hatta ke Palestin sekalipun, setiap bayaran dikenakan bagi menyertai pertandingan secara rela paksa & berpeluang menang lebih besar secara nasib, pertandingan itu akan tetap menjadi judi.

ia masih menjadi judi, hatta hadiah disumbang dari pihak ketika yang tidak menyertainya. Ia tetap menjadi judi bagi semua peserta yang menyertainya dengan bayaran dan berpeluang menang lebih banyak untung atau kalah wang penyertaan.

Justeru itu, sesiapa yang menenanginya haram mengunakan wang kemenangan itu dan mesti menyerahkannya kepada faqir miskin. Faqir miskin HALAL mengambilnya disebabkan ia telah menjadi neutral kembali ke atas diri mereka kerana mereka punyai sebab diiktiraf syara' untuk menerima wang sebegitu. Pembersihan cara ini juga datang dari sabdaan Nabi saw

من قال لصاحبه تعال أقامرك فليتصدق

Erti : sesiapa yang berkata saudaranya, "mari aku bertaruh denganmu" maka (jika menang) wajiblah dia menyedeqahkan (wang kemenangan itu). (Al-Bukhari dan Muslim)

Bagi penganjur, keathuilah judi itu HARAM hukumnya dan jangalah mana-mana syarikat menganjurkan pertandingan yang serupa dengannya.

[Dr. Zaharuddin Abd Rahman]