dr ws nikmat yang dilupakan


Nikmat Yang Dilupakan

Nikmat sihat, terasa bila sakit.
Nikmat gigi, terasa bila dah rongak.
Nikmat mata, terasa bila dah kabur.
Nikmat telinga, terasa bila dah tuli.
Nikmat hidung, terasa bila selsema.
Nikmat hujan, terasa bila kemarau.
Nikmat matahari, terasa bila tengkujuh.
Demikianlah halnya...

84 tahun 'dia' hidup,
tak terasapun ia satu nikmat
Bila 'dia' pergi,
masing-masing sebak tak terkata,
masing-masing menitiskan air mata
masing-masing memecut ke Pulau Melaka
masing-masing mendakwa
aku hormat 'dia'
aku kagum 'dia'
aku respect 'dia'
'dia' memang hebat
'dia' berjasa kepada umat
'dia' punya karamat
'dia' membawa rahmat
'dia' bagaikan Umar Abd Aziz ke-2
'dia' 'dia' 'dia' dan 'dia'....

Bukankah dulu
'dia' kau maki
'dia' kau hentam
'dia' kau zalimi
'dia' kau fitnah
'dia' kau kolotkan
'dia' kau gilakan
'dia' kau kafirkan
'dia' kau primitifkan
'dia' 'dia' 'dia' dan 'dia'....

Kini kau viralkan jasanya
kini kau siarkan khabarnya
kini kau panggil gelaran Dato' Bentara Setia
Pak Menteri yang tuduh 'dia' curi balak
kini kata 'dia' orang baik
Datuk Tan Sri yang dahulu kata dia sesat
kini kata 'dia' berjasa kepada Islam
Radio, TV surat khabar memuji dan memuja
Gambarnya yang paling cantik disiarkan
Pengebumiannya disiar langsungkan

Alangkah mulianya kalian
jika dahulu kalian muliakannya
Alangkah baiknya
jika sejak puluhan tahun dahulu disiar langsungkan
kuliah pagi Jumaatnya di Dataran Ilmu
tak terhitung betapa banyaknya curahan ilmunya
yang kalian persiakan

Hingga usianya 84 tahun
tidak pernah sekali mutiara ilmunya disiarkan

Kini 'dia' tiada lagi
Nikmat itu telah hilang
Jawablah di hadapan TuhanMU

dr ws pakat g moh khairul 31 mei

Kito pakat dtg rumah krol ns yo la 31 mei...mkn pree tmpt tido prree siap homestay lagi sape yg dpt...kite reunion kt situ yo๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

dr ws cuka dan madu


ANTARA KHASIAT CUKA EPAL IALAH :

1.  Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses
     penurunan berat badan.

2.  Membantu menyembuhkan pelbagai penyakit dan masaalah kesihatan seperti
     alergi yang disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan mahupun
     persekitaran. Ia bagus untuk menyembuhkan jangkitan sinus, selsema,jerawat,
     kolestrol tinggi, keletihan , sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis, gout
     dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

3.  Membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Dengan itu kadar
     pembakaran lemak menjadi lebih  cepat dari biasa. Ia juga memberikan anda
     lebih tenaga untuk menurunkan berat badan.

4.  Membantu menurunakn kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan
     yang disebabkan pengumpulan lemak.

5.  Sebagai tambahan, jika cuka epal diambil setengah jam sebelum makan,
     akan dapat mengekalkan kenyang malah melambatkan rasa lapar.

6.  Melambatkan proses penuaan dengan mengimbangi keasidan dalam tubuh
     kerana asid yang tinggi  menyebabkan rasa mengantuk dan malas.
   
7.  Mengimbangi PH rambut dan membunuh bakteria yang menyebabkan klemumur
     dan keguguran rambut.

8.  Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan gout.

9.  Membersihkan buah pinggang

10.Membantu menyelesaikan masaalah pencernaan dengan membunuh parasit
     di dalam perut.

11. Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan keletihan akibat bersenam.

12. Meningkatkan sistem imun badan

13. Mengurangkan masaalah selulit

Justeru jika anda memilih menurunkan berat badan secara tradisional.........,
cuka epal adalah jawapannya. Pengambilan cuka epal bercampur madu yang disertakan
senaman dan kawalan pemakanan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan.
Kepada yang tiada masaalah dengan berat badan, jangan risau kerana pengambilan cuka
epal tidak akan menjadikan anda kurus kering. Kerana apa yang dipecahkan oleh cuka epal
adalah lemak dan bukannya tisu otot.

CUKA EPAL BILA DICAMPURKAN DENGAN MADU MEMPUNYAI KHASIAT TAMBAHAN SEPERTI BERIKUT :

1.    Merangsang pemecahan lemak
2.    Melancarkan perjalanan darah
3.    Menguatkan tenaga dalaman
4.    Meningkatkan kecergasan, daya ingatan , emosi, kreativiti, hafalan dan
       kepintaran anak-anak
5.    Membersihkan usus kecil dan besar.
6.    Juga berfungsi sebagai anti-alergik, anti-septik, anti-anemia dan anti-ulser.
7.    Melega dan mengurangkan masaalah kulit seperti jerawat
8.    Meningkatkan metabolisme tubuh
9.    Menghalang penyerapan minyak dan penimbunan lemak
10.  Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan ( pemparitan limfatik )
11.  Melembabkan dan mengencangkan kulit.
12.  Mencegah dan mengawal selulit
13.  Melangsingkan benjolan lemak yang tidak dikehendaki terutamanya di
       bahagian perut, lengan, pinggul dan peha.
14.  Meredakan sakit dan sengal sendi.
15.  Menurunkan risiko penyakit jantung dan barah
16.  Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
17.  Meningkatkan kesihatan tulang dengan menambah mineral tulang
18.  Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dan mengekalkan tahap kolestrol darah
19.  Membantu menwujudkan berat badan ideal.
20   Menghilangkan stress.

       Diriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w suka kepada cuka.
Jabir menceritakan, ' Satu hari Rasullullah mempelawa saya ke rumah baginda.
Dia dihidangkan dengan roti.
           Dia bertanya; ' adakah apa-apa perasa ?'
           Mereka menjawab; ' tidak. Hanya ada cuka.'
           Nabi berkata ; ' Cuka adalah sos yang baik '.

Jabir berkata, " aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah ".
        Nafa berkata, " Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya dari Jabir ".
            ( Muslim, Abu Dawud, Nasa'i )

Rumah yang menyimpan cuka tidak akan menderita dari kemiskinan
    ( Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi )
" Cuka adalah kemudahan bagi manusia "
      ( Diriwayatkan oleh Muslim )
 " Allah telah meletakkan berkat dalam cuka. Ia digunakan oleh para nabi
     sebelum aku "
      ( Diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja )

dr ws lambang haram


Di HARAMKAN sebut perkataan ALEE UTOO sila baca dgn lbih lanjut
Antara Simbol Dilarang Bagi umat Islam Dalam Wechat & Whatsapp :
• , ๐Ÿ™ : Tangan Buddha

• ๐Ÿ”ฏ : Logo Israel
• ♍ : Logo ini adalah perkataan 'Allah' yang diterbalikkan.
• ๐Ÿ‘ฟ : Syaitan
• ฮจ , † , ₡ , ำœ , ์‡ผ , ∵ : Simbol-Simbol Haram.
๐ŸšงPERKATAAN YANG DILARANG ๐Ÿšง
⚠ALEE UTO = KEPALA ITU TUHANKU
⚠SOLERO  = AKU LAH TUHAN
⚠FYLLO  = MABUK
⚠EVAN'S  = MUBALIGH

⚠EVIL = NAMA SYAITAN
⚠HAVOC = KEMUSNAHAN HURU-HARA
⚠LOL = LUCIFER OUR LORD
 (SYAITAN ITU TUHAN KITA)
๐ŸšงJangan panggil "ISRAEL" ⚠ kerana maksudnya hamba Allah. "ISRAEL" juga gelaran untuk Nabi Yaakub. Tapi panggillah "ZIONIS" atau "YAHUDI". ๐Ÿšง
๐ŸšงJangan sebut "LAILAH" ⚠ sebab ia bermaksud "Tiada Tuhan". Sebutlah "LAILA HAILALLAH". Ia bermaksud "Tiada Tuhan selain Allah".๐Ÿšง
๐ŸšงJangan tulis INSYALLAH ⚠ atau INSYAALLAH ⚠ kerana maksudnya "cipta Allah"  Tapi tulis la "IN SHAA ALLAH", kerana maksudnya "dengan izin Allah".๐Ÿšง
๐ŸšงJangan sebut "NAUZUBILLAH" ⚠ sebab maksudnya "moga dijauhkan dari Allah". Kena sebut penuh "NAUZUBILLAHIMINZALIK" maksudnya "moga dijauhkan oleh Allah dari perkara tersebut".๐Ÿšง
๐ŸšงJangan sebut "ALEE UTO" ⚠ perkataan ini berasal dari bahasa Ibrani yang membawa maksud "kepala itu TUHANku".๐Ÿšง
๐ŸšงJangan menganggap sesuatu balasan buruk itu "KARMA" ⚠  kerana itu theory hindu, buddha dan agama selain agama Islam. Dalam Islam, kita guna "KIFARAH" iaitu balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seseorang.๐Ÿšง
ASTAGHFIRULLAHALAZIM
๐Ÿ“ขMohon sebarkan.๐Ÿ“ข Jika Diabaikan maka berjayalah Syaitan yang dah berbisik di telinga korang "Nak buat apa sebarkan , bukan dapat apa pun" dan Syaitan itu ketawa berdekah2 . Sebenarnya kita akan dapat pahala. *Wallahualam*.Itu saja yg mampu dikongsi..bersama..
PERKATAAN ASSALAMUALAIKUM
JANGAN D SINGKATKAN
1) As ~ brmksud org bodoh/keldai
2) A'kum ~ binatang dlm bhsa yahudi
3) Assamu ~ racun
4) Salam ~ celakalah kamu
5) Semekom ~ celaka kamu
6) Samlekum ~ matilah kamu
7) Mikum ~ mari bercinta dlm bhsa ibrani
8) Salom / syalom ~ bhsa ibrani utk sesama kristian dan ada 263 kata dlm
kitab perjanjian lama & baru
9) Jangan guna 'bye' kerna bye adalah
jarum sulit kristian yg bermaksud d bawah naungan Pope
10) Gunakan perkataan AS'SALAM bagi
singkatan Assalamualaikum
#Jangan pandang remeh benda yang nampak simpel tapi sebenarnya banyak maksud d sebaliknya #
P/s Ini jg koleksi info yg memenuhi moment krna masih ada ramai yg tidak mengetahuinya..
BACALAH..sebagai menambah
PENGETAHUAN....!!!..

dr ws solat ghaib


๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ
 PANDUAN SOLAT JENAZAH GHAIB

Diatas kepulangan TGH NIK ABD AZIZ BIN NIK MAT dan kaum muslimin yg telah kembali ke ramhmatullah, marilah kita memberikan penghormatan kpd beliau dgn menunaikn solat jenazah ghaib berikut :

Setelah mengambil wuduk dengan sempurna

1. Niat "sahaja aku solat jenazah lelaki ghaib 4 takbir krn Allah ta'la"

2. Mngangkat takbir pertama dn membaca surah ALFATIHAH

3. Mngangkat takibr yg ke2 dan membaca SELAWAT
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุกุงู„ ู…ุญู…ุฏ

4. Mngangkat takbir ke3 dan membaca DOA KHUSUS kpd almarhum

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุบْูِุฑْ ู„َู‡ُ ูˆَุงุฑْุญَู…ْู‡ُ، ูˆَุนَุงูِู‡ِ، ูˆَุงุนْูُ ุนَู†ْู‡ُ،

5. Mngangkat takbir yg ke4 dan sunat membaca DOA umum kpd seluruh arwah muslimin dn muslimat

6. Memberi salam

* sunat membaca doa selps solat jenazah

* bagi muslimat dan muslimin yg tidak sempt/dapat solat berjemaah boleh menunaikan solat jenazah secara sendirian walau dlm rumh atau pejabt

Wallahu'am.

dr ws etika menyambut TBC


ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ
ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู…

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู† ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ู‰ ุฃุดุฑู ุงู„ุฃู†ุจูŠุงุก ูˆุงู„ู…ุฑุณู„ูŠู† ูˆ ุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุงุฌู…ุนูŠู†. ุฃู…ุง ุจุนุฏ:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
( Shah Alam,  Khamis 19 Februari  2015).

9 ETIKA MENYAMBUT PERAYAAN TAHUN BARU CINA.

Pada hari ini kaum Cina, Sama ada yang Islam dan bukan Islam tengah menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Pada TAZKIRAH hari ini,  USM ingin membincangkan sedikit garis panduan tentang perayaan tahun baru cina tersebut yang mungkin umat Islam ikut meraikannya.

Satu persoalan yang timbul pada kita orang yang beragama islam. Bolehkah kita orang Islam meraikan sambutan tahun baru Cina tersebut.??

Dalam hal ini yang perlu difahami terlebih dahulu adalah tentang PERAYAAN agama lain dalam  pandangan Islam terbahagi kepada dua bahagian:
1. Perayaan yang berkaitan dengan ajaran agama tersebut.
2. Perayaan yang tidak berkaitan dengan ajaran agama tersebut (hanya adat dan budaya sahaja).

Tahun baru Cina adalah perayaan yang di sambut setiap tahun oleh seluruh kaum Cina, baik yang  beragama Islam ataupun bukan beragama islam.  Kerana tahun baru Cina merupakan Tradisi masyarakat cina.

Satu persoalan yang  timbul adalah?? Bolehkah kita umat islam turut sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina tersebut??

Secara umumnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah memutuskan bahawa Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam dalam bentuk yang dilakukan oleh orang-orang bukan Islam sendiri seperti mengunjungi rumah-rumah ibadah, memakai pakaian yang ada simbol agama mereka dan seumpamanya adalah diharamkan dan dilarang . Ini kerana dengan berbuat demikian bererti wujud tanda-tanda redha kepada kekufuran, sedangkan redha kepada kekufuran adalah diharamkan dan dilarang dalam ajaran Islam.

Satu persoalan yang timbul lagi adalah Bolehkah orang Islam menghadiri rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina?

Adat  dan Budaya masyarakat Malaysia Hari ini boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan penganut agama yang ada di negara kita, terutama sekali pemimpin negara, mengadakan rumah terbuka, sempena hari raya mereka dan menerima berbagai-bagai tetamu yang hadir pada hari itu, yang terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang agama. Malah orang-orang Islam juga mengadakan rumah terbuka dan menerima tetamu dari kalangan bukan Islam, yang turut menjamu selera dan sebagainya. Ini menggambarkan semangat toleransi, kerjasama dan perpaduan erat yang berlaku di kalangan masyarakat di negara ini.

Dalam persoalan  ini Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM )mengharuskan warga negara beragama Islam mengunjungi perayaan yang diadakan oleh warga negara bukan beragama Islam di Malaysia, bersempena dengan perayaan tahun baru Cina kali ini,  dalam pada masa yang sama JAKIM mengeluarkan beberapa kriteria utama yang perlu dijadikan garis panduan oleh warga negara beragama Islam supaya sambutan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adapun Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut

1. Kehadiran di dalam perayaan itu, tidak  menggadai akidah dan maruah diri sebagai  seorang Islam.

2. Perayaan itu tidak diadakan di rumah-rumah ibadah atau berhampiran dengan rumah ibadah.

3. Kehadiran pada perayaan tersebut sebagai meraikan hubungan sosial seperti jiran tetangga, rakan sekerja dan seumpamanya. Orang Islam yang mengunjunginya pula sudah biasa pergi ke rumah rakan-rakan bukan Islam itu. Jika tidak pernah pergi, sebaliknya hanya berbuat demikian pada hari orang bukan Islam mengadakan majlis rumah terbuka, makruh menghadirinya. Mengekalkan hubungan baik antara orang Islam dengan bukan Islam, di samping mewujudkan situasi harmoni, damai dan sejahtera,  antara nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Islam.

4. Tidak ada unsur membesarkan agama atau upacara agama orang bukan Islam yang mengadakan  perayaan tersebut.

5. Tidak ada unsur kemaksiatan dan kemungkaran secara zahir

dr ws tgna


13/2/2015- selepas smaye isya,  nik abduh berucap

: Kato tok guru pesan jgn buat tahlil
: Dio suroh doa jah
: Dio kato mitok maah hok mano mari jauh smato2 nk ngatik

๐ŸŽ: Tarbiyyah rabbaniyyah oleh TGNA berlangsung hingga ke liang lahad .....

๐Ÿ’ผ pengkebumian TGNA tadi sarat dgn tarbiyyah rabbaniyyah yg sama sekali menguburkan:
1.adat,
2.bida'ah dan
3.khurafat yg dah berkurun mewarnai denyut nadi umat islam malaysia .....

1.tiada talkin,
2.tiada siraman air mawar,
 3.tiada taburan kelopak kemboja,
4.tiada protokol tinggalan penjajah dan
5.tiada segala mcm bid'ah dan khurafat yg biasa melazimi pengkebumian umat islam malaysia .....

mudahan TGNA seorang karamah wali allah .....

ุงู„ุฃุตู„ ููŠ ุงู„ุนุจุงุฏุฉ ุชูˆู‚ูŠููŠ
Maksudnya : Semua urusan dalam bab ibadah MESTILAH ada dalil ARAHAN SURUHAN dari ALLAH & RASUL

Copy paste

dr as fatwa rokok dan isi petrol

minyak dan api .. memang jadi terbakar atau meletop..... tapi fakta nyatakan disebab isi penoh ,taktau kebenaran nye,,, Tapi fakta yg sahih, sepakat ulamak dulu dan sekarang nyatakan sebarang perbuatan memudaratkan tubuhbadan adalah HARAM, dn sepakat ahli perubatan nyatakan merokok membahayakan kesihatan, Ulamak menghukumkan merokok adalah HARAM ...eeehehe  itu kita tak berapa pecaya ha ha ha............  kita semua nkkan bukti depan mata,, termasuk kebangkitan selepas mati,,,  ( tepuk dada tanya Iman )

dr as ada kelebihan surah


Pernah buat tak camni? Bila keluar makan/minum atau tengah pegang gelas berisi air, tiba2 ada rasa x puas hati kat sesiapa,  then 'ter'mengumpat depan air tu, atau marah2 depan air, pendek kata cakap benda2 negatif la depan air tu. Pernah buat x? Tau tak sebenarnya air tu 'perakam' yang terbaik? Ia akan 'rakam' semua yang ada depannya. Sebab tu kalau perasan, orang selalu baca Yassin depan air, sebab nak 'rakam' vibration2 dan energy2 positif dari Al Quran itu. Air kan akan 'bersatu' dalam badan kita. Cer bayangkan anda sedap ngumpat2, dan marah2 (energy negatif) depan air, lepas tu minum pulak air yang di'rakam' dengan aura negatif tu? Ahha, sebab tu kadang2 kita cepat emo, susah nak terima ilmu, payah nak berubah yang lebih baik, sebab kita dah 'rakam' benda2 negatif dan masukkan dalam badan kita. Wallahualam.

๐Ÿ’ฎ Surah Al-Fatihah dapat Memadam kemurkaan Allah SWT.

๐Ÿ’ฎ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
       
๐Ÿ’ฎ Surah Dukhan dpt membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.        
๐Ÿ’ฎ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.        
๐Ÿ’ฎ Surah Al-Mulk dpt meringankan azab di dalam kubur.  
     
๐Ÿ’ฎ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.        

๐Ÿ’ฎ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi          kematian.        

๐Ÿ’ฎ Surah Al-Ikhlas dpt melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.        

๐Ÿ’ฎ  Surah Al-Falq dpt menghapuskan perasaan hasad dengki.        

๐Ÿ’ฎ Surah An-Nas dpt melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.        

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana dikatakan juga:-  
๐Ÿ’ฎ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...        
๐Ÿ’ฎ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.        
๐Ÿ’ฎ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.        
๐Ÿ’ฎ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.        
๐Ÿ’ฎ Ketika anda amalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan amalkannya agar syaitan terus stroke.        
๐Ÿ’ฎ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini,          syaitan pun mencegahnya.        

๐Ÿ’ฎ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG...
๐Ÿ‘Œ๐Ÿ˜‹

dr as jangan sedih dgn kematian


Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Posted by Tn Ibrahim Tn Man · 4 mins ·
Wahai anakku
Janganlah engkau sedih atas kematian, kerana kita tidak akan mampu mengembalikan kehidupan jasad. hebatnya sesaorang tokoh itu bilamana ilmu dan petunjuknya tetap hidup walau jasadnya telah musnah.
Kematian itu wahai anakku hanyalah perpisahan antara roh dan jasad, kerana alam barzakh memerlukan pemindahan ini untuk memasukinya. Lalu ia adalah kegembiraan bagi orang yang beriman dan kesedihan dan petaka bagi orang yang kufur.
Wahai anakku
Bilamana kamu lahir hanya kamu yang menangis sedang yang lain semua gembira, namun bilamana seorang mukmin itu mati, ia akan gembira dan yang tinggal pula akan menangis.

Kita tidak menangisi kematian tetapi kita tangisan kehilangan sementara. Kerana orang mukmin akan pasti bertemu nanti di alam barzakh dan alam akhirat.

Wahai anakku
Andainya engkau merindui dan menyanyanginya, Peliharalah amalanmu nanti engkau akan dapat bersama dengannya di alam akhirat. Sebagaimana kita merindui Rasulullah SAW, kerana kita tidak sempat bertemu dengannya di alam ini, InsyaAllah akan bersamanya di alam barzakh dan dalam Syurga, andainya kita dirahmati Allah dengan ketaatan kepadaNya.

Wahai anakku
Perjuangan ini mesti disambung dan diteruskan. Kitalah penyambung warisan ini. Bangunlah dari kesedihan dan ratapan ini.Kerana esok mungkin giliran kita pula menemui Ilahi.

Pulau Melaka
Jumaat 13 Feb 15

dr as kisah dari azhar


Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di celah-celah waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya keseorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabat2ku!

Semoga bermanfa'at.